Friday, November 30, 2007

Aku Kembali Menulis!

Wah! Sudah 4 minggu aku tidak membuat posting terbaru. Apa nak buat, aku agak sibuk sedikit dengan business trip selama 2 minggu dan banyak pulak report nak kena buat sampai tidak berkesempatan untuk update perkembangan terkini di laman blog ini. Di ketika kesibukkan aku, banyak menda telah berlaku..Antaranya, angkasawan melayu pertama sudah kembali ke bumi, Presiden Musharaff mula desperado untuk terus berkuasa dan telah meletak jawatan sebagai ketua tentera, dan lain-lain kontroversi yang boleh menggegarkan dunia. Walaubagaimanapun, kontroversi akan tetap berlaku pada setiap ketika dan waktu tetapi manusia masih perlu meneruskan kehidupan. Majoriti manusia hanyalah soldadu-soldadu kecil yang terus-terusan dipergunakan oleh minoriti manusia yang berkuasa. Kuasa yang rakus mengaut kekayaan dan kelebihan di dunia tetapi lupa bahawa mereka hanya makhluk kerdil yang akan bertemu denganNya di hari pengadilan kelak.

Nantilah aku sambung lagi..Besok aku cuti...Yahooo!!!

Wednesday, October 10, 2007

Angkasawan Pertama Malaysia Ke Angkasa Lepas



Malaysia telah mencatatkan satu lagi sejarah dengan pelancaran roket Soyuz TMA-11 yang membawa kapal angkasa itu ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat jam 9.21 malam. Pelancaran yang bernilai kira-kira RM90 juta kepada kerajaan Malaysia itu telah disaksikan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

Dr Sheikh Muszaphar, 35, juga mencatat sejarah sebagai angkasawan Islam pertama yang berpuasa dan menyambut Aidilfitri di angkasa lepas. Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi kapal angkasa seberat 7,170 kilogram itu juga disertai Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko dari Russia. Dr Sheikh Muszaphar akan kembali ke bumi pada 21 Oktober nanti bersama Commander Fyodor Yurchikhin dan Flight Engineer Oleg Kotov yang sudah berada di ISS sejak 7 April 2007 yang lalu.

Monday, October 8, 2007

Al Kisah Kuda Dan Kura-Kura

Amaran : Tiada cerita kuda ataupun kura-kura di dalam artikel ini..

Minggu ini kelajuan internet di ofis aku ni berada di tahap yang amat kritikal sekali. Aku rasa mesti ramai staff disini yang mengakses internet pada waktu ofis dan menyebabkan kelajuan internet menjadi lembap. Rasanya masing-masing malas nak buat kerja dan mengambil peluang ini untuk melayari internet. Maklumlah bulan ini kan bulan puasa walaupun staff muslim hanya ada 5 orang je daripada 200+ pekerja di sini. Tambahan pula bos aku sekarang berada di Jepun sampai ke minggu depan.Bermaharajalelalah semua orang terutama sekali di kalangan pembesar-pembesar yang sungguh hipokrit itu. Kipas je pandai tapi buat kerja macam hampehhh!! Bila bos ada, pijak semut pun tak mati.Maka, aku pun terseksa dengan kelembapan akses internet seperti ini.Ini menjadikan aku berasa sangat bosannnnnnn.Aku mahu kelajuan akses internet seperti kuda lumba yang memecut laju bukan lembap macam kura-kura.

Sunday, October 7, 2007

Aku Busy Tapi Aku Bukan Busy Body

Aiyoh! Banyak pulak kerja yang nak aku bereskan sampai tak sempat nak update blog nih. Aku kena bersiap nak raya dan aku kena bersiap nak ke Dubai lepas raya..Semuanya nak kena disiapkan. Aku patut cari seorang pembantu peribadi nih tapi nak bayar dengan hapa? Bulu hidung? Datang hujung bulan je cabut lima helai bulu hidung buat bayar gaji..Cukup setahun bayar pakai bulu hidung sampai lubang hidung dah clear, bulu hapa pulak yang nak aku cabut..Risiko..Risiko..

Lepas raya aku terpaksa outstation ke Dubai selama dua minggu. Hishh! Aku sebenarnya cukup boring kalau disuruh ke Dubai sebab aku tak tahu nak buat hapa!! Maklumlah aku nih simple dan sengkek punya orang..Manalah nak mampu untuk lepak di Burj Al-Arab sambil menghisap sheesha atau membeli sepasang kasut di butik Salvatore Ferragamo di Burjuman atau memandu Porshe Cayenne  yang banyak menjalar di sepanjang Sheikh Zayed Road. Apa yang aku mampu hanyalah melihat angka dirham di meter teksi memecut naik atau menikmati beriani kambing di Restoran Boom Boom Al-Karamah je. Aku tak suka kepada Dubai walaupun keinginan untuk mencari rezeki di tanah arab itu menarik-narik aku untuk ke sana. Walaupun aku berkatakan tidak kepada keinginan aku itu  tetapi siapakah aku untuk menolak rezeki jika Dubai sudah ditentukan buat aku oleh-Nya. Bagi aku, Dubai banyak memperlihatkan kemewahan berbanding kesusahan. Kawasan Jumeirah sudah cukup untuk memperlihatkan kekayaan extraordinary Dubai. Itu belum lagi disentuh Burj Dubai atau Palm Jumeirah mahupun The World. Aku banyak bertanya adakah itu realiti kehidupan di Dubai? Mungkin ya, mungkin tidak..Ya, bagi si arab yang berlumba-lumba membina tower dan tidak semestinya kepada pendatang-pendatang bawahan yang berhijrah ke Dubai mencari rezeki. Kadang-kadang, realiti seperti ini terpaksa aku hadapi jika hendak mencari segigit shawarma di negara orang. Merapu pulak aku...!!

Err..Kali ni aku stay di hotel berdekatan dengan Bur Dubai. Maka, aku dah tak bolehlah lagi makan beriani kambing di restoran Boom Boom. Jauh benor nak berjalan ke Al Karamah..

Sunday, September 30, 2007

Aku Sangat Glamour? Jangan Perasanlah..

cinta.jpg

Aku ni tak glamour pun tapi saja-saja perasan kenkununnya glamour apabila hendak menulis artikel  ini. Seronok ke bila menjadi orang glamour nih? Aku tak tahu pun seronok ke tak sebab belum pun glamour lagi. Ye ke? Yelahh, kalau ada pun mungkin aku tak perasan waktu bila aku glamour tu. Aku lebih suka bersikap misteri dan kurang dikenali daripada glamour tidak bertempat. Berbeza pula dengan sikap isteri aku yang sukakan glamour dan suka menonjolkan diri. Dalam setiap aktiviti yang dia sertai, mesti namanya akan selalu disebut-sebut. Glamour sehh!

Aku mengenali isteri aku sebagai seorang perfectionist! Sentiasa mahu perfect dalam semua perkara walaupun terpaksa bermake-up hanya untuk keluar ke kedai runcit depan rumah.Menangis tersedu-sedu mengatakan aku tidak memahami dia hanya kerana aku terlupa memakai perfume semasa keluar ke pasar malam di taman perumahan sebelah.Berbeza pula dengan aku seorang yang selekeh dan bersikap asal buat. Terlalu tipikal melayu tulin yang jelek. Mungkin itulah sebab mengapa kami ditakdirkan untuk hidup bersama.Dua insan yang berlainan sikap dan pemikiran ditemukan untuk satu pengembaraan dalam kehidupan. Semakin jauh kami mengembara, semakin banyak yang titik perbezaan yang ditemui yang harus kami kompromi. Begitulah betapa indahnya pengembaraan yang telah ditentukanNya. Harapnya pengembaraan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Berbalik kepada glamour tadi, aku menulis di laman blog ini hanyalah untuk suka-suka sahaja. Tempat melepaskan perasaan. Tapi, kadang aku ingin tahu jugak ada ke tidak orang yang ingin membaca luahan perasaan yang merapu aku ini. Manalah tahu, kot aku ni glamour jugak ke..Haha..Rupanya aku belum glamour lagik..Data trafik Alexa pun malu nak keluar untuk menunjukkan statistik sebab tak ada pun data yang nak ditunjukkan. Jauh sekalilah Google PR yang diwar-warkan sudah dihentikan oleh Google. Hah! Aku tak kisah pun kalau aku tak glamour.

Kadang-kadang aku melawat juga laman-laman blog yang lain untuk membaca dan mendapatkan idea mereka yang lain dan untuk melihat keglamoran mereka. Tetapi masa bagi aku membaca dan menyertai perbincangan secara aktif kadang-kadang adalah terhad. Bila berkesempatan aku meninggalkan komentar. Aku kadang-kadang cukup marah jika aku memberi komen tetapi dihalang oleh perangkap spam yang di pasang di laman blog mereka. Bukan hapa, penat aku menaip komentar aku tapi sia-sia je dimakan oleh perangkap spam. Ianya seperti rumah terbuka tetapi anda dihalang untuk bersuara."Jika bersuara aku masukkan kau ke dalam tong sampah..Woh!Hoh!Hoh!." Maka aku pun menghentikan lawatan aku selama-lamanya ke laman blog itu. Dah orang tak sudi buat hapa aku nak pergi rumah terbuka dia. "Oii brader! Itu rumah aku, hak akulah untuk menentukan peraturannya!!". Aku pun jawab balik, "Ini hanya luahan perasaan aku je.Janganlah terasa pulak!." Ikut suka kaulah labuuuuuu!!!......

Friday, September 28, 2007

Bayaran Google Adsense Kini Hanya 1 Hari Melalui Western Union

Berita baik bagi mereka yang mendapat pembayaran melalui program Google Adsense kerana kini Google Adsense akan memberikan pilihan untuk menerima pembayaran melalui Western Union QuickCash hanya 1 hari sahaja. Berbanding sebelum Western Union diperkenalkan, pembayaran hanya boleh dinikmati selepas hampir 2 bulan daripada tarikh pembayaran Google Adsense. Mana tidaknya, 3 minggu untuk menunggu cek daripada Google dan sebulan untuk pembayaran dikreditkan ke dalam akaun. Lama tuh!!..

Bagaimanakah proses untuk menukar cara pembayaran ke Western Union?
  1. Login ke akaun anda di http://www.google.com/adsense
  2. Klik tab My Account
  3. Klik pautan edit di sebelah Payment Details
  4. Pilih butang radio Setup Western Union QuickCash
  5. Klik Continue
  6. Klik Save Changes.

Seterusnya, anda hanya perlu melawat cawangan bank yang berdekatan yang menawarkan Western Union untuk mengambil pembayaran anda dengan menunjukkan hanya MyKad sahaja. Anda boleh check cawangan Western Union yang berdekatan di http://www.payment-solutions.com/agent.asp.

Pembayaran maksima yang ditetapkan oleh Google melalui Western Union hanya USD2800.00 (Banyak tu!!). Jika anda mempunyai amaun melebihi jumlah ini, bentuk pembayaran secara automatik akan bertukar kepada penghantaran cek. Setakat ini boleh dikatakan bahawa khidmat pembayaran melalui Western Union Quickcash masih lagi percuma. Tidak diketahui samada di masa hadapan akan dikenakan caj perkhidmatan.

Pada ketika dan saat ini Google baru sahaja mengumumkan pemilihan pembayaran melalui Western Union. Bagaimana efektifnya sistem ini masih belum diketahui lagi. Namun sudah ada beberapa orang rakyat tempatan yang telah dipilih untuk menjalani program percubaan pembayaran melalui Western Union dan mereka menyatakan ianya amatlah memudahkan.

Yang belum lagi mempunyai mencuba peluang untuk menambah pendapatan melalui program Google Adsense, anda boleh menyertainya sekarang.

Wednesday, September 26, 2007

Hebatnya Cabaran Aku Berpuasa Di Rantauan

Ketika menjamah juadah berbuka puasa yang serba ringkas semalam, aku teringatkan pengalaman berpuasa di rantauan orang pada Ramadan yang lepas. Alhamdulillah, betapa aku sangat beruntung kerana dipanjangkan umur untuk dipertemukan lagi dengan Ramadan pada tahun ini dan dapat bersama-sama berbuka puasa bersama keluarga. Ramadan pada tahun lepas selama 2 minggu, aku diberi sales assignment ke Doha, Qatar dan Muscat, Oman. Owhh! Tersangatlah bosan sekali..Percayalah cakap aku.

beriani.jpg

Sebenarnya, inilah pengalaman pertama aku menjejakkan kaki ke Doha, Qatar di bulan Ramadan iaitu sebulan sebelum sukan Asia Doha 2006 berlangsung. Ketika ini cuaca di Doha masih di penghujung musim panas dengan bacaan suhu menghampiri 40 degree Celcius. Terasa angin panas menghembus ke kulit ketika menjejak kaki keluar daripada airport Doha. Aku masih lagi mengekalkan keheroan aku kerana bertegas untuk berpuasa walaupun berstatus musafir. Malas ahh, nak ganti puasa pulakk! Selepas bangun daripada tidur, aku menghadapi cabaran pertama untuk berbuka puasa dengan berjalan kaki kira-kira 500m dari hotel mencari restoran yang berdekatan. Itulah perjalanan aku yang aku rasa dekat je tapi jauh. Sebenarnya di hotel pun ada juga restoran tapi mahal sehh!! Habis pulak nanti elaun aku nak makan di hotel je hari-hari.

burung.jpg

Keesokkan harinya cabaran lebih besar datang apabila aku tersadai di kawasan perindustrian selepas habis perjumpaan dengan seorang pelanggan. Disebabkan aku terlupa untuk memesan kepada teksi driver supaya menunggu, sudahnya aku terpaksa berjalan kaki ke jalan utama yang jaraknya 1km di bawah panahan cahaya mentari tepat di atas kepala. Kemudian apabila sampai ke jalan utama, ada ke patut teksi yang ditahan semua bagi alasan nak balik tidur? "Sirr..Sirr...No sirrr, time to sleep. Very hot now!" kata salah sorang pemandu teksi yang aku jumpa..Mahu je aku bagi backhand je dekat driver teksi tersebut. Tetapi hati aku menjerit sabarrr. Inilah cabarannnn!!! Hebat sungguh ujian daripada-Nya. Alhamdulillah! Aku bersama family aku pada tahun ini.

Tuesday, September 25, 2007

...Hari Dah Hujan, Angkat Kain Di Jemuran

gaban.jpg

Aku meredah hujan lagi pagi semalam sewaktu dalam perjalanan ke ofis. Mulanya, aku ingat nak memandu sahaja tetapi di kawasan perumahan aku hujan sudah pun berhenti. Aku pun apa lagi, terus melompat ke atas tunggangan dan merempitlah aku ke ofis. Rupa-rupanya panas yang ku harap hingga ke ofis tetapi hujan di tengah jalan! Terpaksalah aku transform ke pakaian hujan..Teringat aku kepada cerita TV GABAN yang amat aku minati suatu ketika dahulu. Alangkah coolnya jika aku dapat bertukar kepada baju hujan seperti bertukar menjadi SPACE COP GABAN. Tapi sempat ke? Mahu basah kuyup dulu sebelum sempat transform sepenuhnya menjadi GABAN.

Fenomena cuaca sekarang agak menggusarkan aku. Ada ketika panas sampai aku tak tahan dan ada ketikanya hujan seperti tak mahu berhenti. Adakah ini menandakan bahawa bumi kita sudah terlalu tua? Semakin banyak pencemaran? Huh! aku pun tak tahu...

Monday, September 24, 2007

GIMP - Perisian Alternatif Untuk Pengeditan Imej

Eh! Kamu tahu ada perisian alternatif untuk Adobe Photoshop yang mahal itu.? Bagi yang menggunakan komputer di rumah, semestinya perisian cap lanun yang dipasang ke PC mereka. Mahal sehh!! Untuk versi paling cokia pun harga dah mencecah ribuan RM. Bagaimana nak memasang di komputer jika gaji sebulan pun kadang-kadang boleh miss soruu..Bagaimanapun, dengan kesedaran harta intelektual yang makin berkembang, sememangnya perisian alternatif perlu dicari. Ada ke? Adalahh..

GIMP, satu perisian open-source license (sumber lesen terbuka) yang sememangnya diedarkan percuma, merupakan satu alternatif bagi perisian Adobe Photoshop yang mahal itu. Boleh didapati untuk beberapa versi operating systems seperti Unix, Windows dan MacOS, Gimp didapati sangat bersesuaian untuk dipelajari dan digunakan secara efektif.

gimp.jpg

GIMP juga terdapat dalam beberapa bahasa termasuk bahasa melayu. Tentulah lebih senang untuk dipelajari. Bagi aku pulak, terasa agak janggal sedikit kerana sudah terbiasa membaca bahasa-bahasa jargon komputer dalam bahasa inggeris. Jangan kondem aku sebab aku bukan Sharifah Amani tawwwwww! Baiklah..Oleh kerana majoriti pengguna PC mempunyai Windows yang sudah tersedia pasang, aku berikan pautan yang perlu memuat-turunkan perisian berkaitan yang sesuai dengan Windows. Untuk memasang perisian ini, dua program perlu dimuat-turunkan:
  1. The GIMP for Windows (versi 2.2.17) dan
  2. GTK+ 2 Runtime Environment (version 2.10.13) - Bagi versi Windows 2000 ke atas, atau
  3. GTK+ 2 Runtime Environment (version 2.6.10-20050823) - versi Windows 98/ME dan Windows NT4.
Itulah dia perisian GIMP yang bakal mengubah persepsi keperluan memiliki perisian yang mahal seperti Adobe Photoshop. Tak perlulah lagi memakai versi cap lanun. Gunakanlah GIMP untuk menghilangkan ragu-ragu anda terutama sekali di pejabat yang semestinya menjadi tumpuan operasi pencegahan oleh BSA dan KPDNHEP. Bersediakah anda untuk masuk penjara dan membayar RM10,000 untuk setiap satu perisian cap lanun yang dipasang?

Sunday, September 23, 2007

Nah Ambik RM140,000,000 Dan Anda Dipecat!

moanrinho.jpg

Wah! Sanggupkah anda dipecat jika pampasan yang dibayar oleh majikan anda sebegitu besar nilainya..Aku sanggup! Pecatlah 10x pun tak mengapa..Tapi itulah nilai yang berkemungkinan pengurus Chelsea, Jose Mourinho akan terima kerana dipecat daripada jawatan sebagai pengurus pasukan Chelsea. Incik Mourinho yang menerima gaji sebanyak RM40juta setahun mempunyai kontrak lagi 3 tahun semasa dipecat daripada jawatan. Mourinho memang dipecat pun walaupun media cuba menggunakan perkataan persetujuan bersama. Secara profesional, baki bayaran kontrak perlu dijelaskan oleh Incik Roman selepas memecat Incik Mourinho. Ahh! Apalah sangat nilai RM140 juta di mata Roman Abramovich, si billionaire minyak dari Russia tu. Mungkin itu hanya nilai untuk pencungkil giginya sahaja. Apa-apa pun, incik Mourihno meninggalkan kelab Chelsea dengan rekod pencapaian yang  baik dan boleh dibanggakan. Aku berpendapat tiada yang lebih baik bagi beliau apabila meninggalkan kelab bolasepak Chelsea ketika di puncak kejayaan bersama dengan pampasan RM140 juta. Banyakkkkkkk tuu!!!

Errr...Mahukah Incik Roman mengambil aku sebagai pengganti Incik Mourinho? Aku boleh mengajar Petr Cech menyimpan rambut panjang berteknik rebonding ikatan ekor kuda..Eh! Macam stail penjaga skuad Malaysia yang kena bantai 6-0 lah pulak..Siapa ye penjaga gol tuuuuu....??

Thursday, September 20, 2007

Nurin Jazlin Telah Dijumpai!

nurin.JPGAkhirnya pencarian Nurin Jazlin telah berakhir. Bagaimana Adik Nurin dijumpai sangatlah mengejutkan serta penuh dengan kemarahan kepada sesiapa yang melihat keadaannya yang sudah tidak bernyawa lagi.Sebelum ini kita dikejutkan dengan terjumpanya sebuah beg pakaian yang mengandungi mayat kanak-kanak yang berumur lingkungan 8-9 tahun. Kanak-kanak tersebut dirogol dan dibunuh dengan begitu kejam sekali berdasarkan kepada kesan kecederaan di tubuhnya. Ibu-bapa Nurin telah membuat pengecaman dan mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut bukanlah Nurin yang hilang berdasarkan kepada fizikal mayat. Bagaimanapun ujian DNA telah dilakukan oleh pihak polis dan mengesahkan bahawa mayat kanak-kanak tersebut adalah Nurin yang sudah hilang selama sebulan. Ya tuhan..Apakah dosa anak kecil ini sehingga diperlakukan sedemikian rupa. Sungguh kejam! Pihak polis perlu mempergiatkan usaha mencari pembunuh ini dan bawa orang syaitan (Bolehkah aku simpulkan bahawa pembunuhnya itu bukanlah manusia tetapi syaitan? ) ini ke muka pengadilan.

Semoga roh Nurin Jazlin dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t

Wednesday, September 19, 2007

Harga Ikan Naik, Harga Ayam Naik

nelayan.jpg

Bila aku membaca berita di suratkhabar sehari dua ini, hati aku tercuit dan tertanya-tanya, kenapa harga perlu naik sedangkan kesemua ini adalah bahan asas. Tidakkah boleh dikawal harganya oleh pihak berkuasa? Aku sangat hairan kerana pak menteri tak tahukah berapa gaji asas seorang operator kilang di Prai? Dia tak tahukah berapa jam sehari kena bekerja untuk mendapat gaji tak sampai RM500 sebulan berbanding dengan pak menteri yang gaji beribu sebulan yang diketahui dan berapa juta gaji bawah meja yang tidak diketahui? Aku sangat sedih! Kenapa pihak berkuasa terlalu mudah tunduk kepada desakan peniaga-peniaga yang rakus? Hampir setiap tahun benda yang sama berulang tetapi apakah langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini? Banyak persoalan sebenarnya daripada jawapan...

Dalam isu kenaikkan harga ayam, macam-macam alasan telah diberikan sampai menteri pertanian pun setuju harga ayam perlu dinaikkan kerana kenaikkan kos harga makanan ayam. Dengan harga ikan yang mencanak naik kerana faktor musim tengkujuh tapi betul ke ni?? Bukan kah nelayan sekarang mempunyai bot yang canggih dan besar untuk ke laut ke? Faktor yang paling besar aku lihat adalah faktor orang tengah yang mahu meraih keuntungan lebih. Siapa yang menjadi mangsa? Penggunalahh!! Setiap tahun kerajaan memberi peruntukkan yang besar kepada sektor pertanian dengan hajat untuk memajukan sektor ini. Kemana duit-duit tu dah pergi ye? Bayar tiket kepal terbang first class untuk pak menteri melawat ladang lembu di Australia kah??

Apabila melibatkan makanan asas, kementerian perlulah memainkan peranan penting untuk mengawal harga kerana rakyat yang tidak berkemampuan memerlukannya. Cadangan aku adalah untuk menggunakan FAMA, salah satu agensi dibawah kementerian pertanian dengan semaksima mungkin. Aku pasti FAMA yang berada dihampir setiap pelosok negara dapat mengambil alih tugas orang tengah. Dengan cara ini, FAMA yang mempunyai keupayaan gudang penyimpanan seperti bilik sejuk beku akan membeli secara borong daripada nelayan dan menjual kepada peniaga-peniaga runcit di pasar besar. FAMA bukan sahaja dapat membantu pengguna mendapat harga yang murah tapi dapat juga membantu nelayan-nelayan kecil untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. Semestinya FAMA tidak boleh digunakan sebagai agensi mencari keuntungan kerana operasinya ditampung oleh kerajaan. Dalam masa yang sama benarkan FAMA untuk mengimport ayam hidup daripada Thailand untuk mengimbangi ancaman penternak tempatan. Dengan cara ini, akan terdapat lambakan ayam di pasaran yang akan dapat mengawal kenaikkan harga. Peniaga tidak akan sewenang-wenangnya berani menaikkan harga dengan memberikan alasan tidak munasabah seperti kos sudah naik. Tapi mahukah mereka-mereka di pihak yang berwajib melihat dan mendengar cadangan ini jika tiada keuntungan masuk ke poket sendiri? Ingatkah anda kepada pasar tani?? Nampaknya, buat masa sekarang berterus-terusanlah rakyat yang berpendapatan rendah hidup dalam tekanan.

Err..Harga gas nak naik, aku dah beritahu ke belum..?

Tuesday, September 18, 2007

Pakai Celcom Tapi Nombornya 012

telco.jpg
Berita terkini yang baru sahaja diumumkan oleh menteri berkenaan bahawa bermula tahun depan, kita boleh memilih untuk bertukar ke mana-mana syarikat telekomunikasi tanpa perlu menukar nombor handphone. Ini membawa makna yang baru kepada industri telekomunikasi negara dan senario tajuk di atas akan berlaku.Yang untungnya adalah pengguna macam aku. Sebelum semua bersorak riang gembira dan berkenduri 7 hari 7 malam, perlu diingatkan bahawa keistimewaan ini hanya melibatkan pelanggan postpaid sahaja.

Nanti kita akan lihat persaingan dan peperangan besar-besaran di antara syarikat telekomunikasi untuk menarik pelanggan baru seperti yang berlaku sekarang bagi segmen prepaid. Banyaklah promosi-promosi dan tawaran menarik yang akan ditawarkan. Semestinya ini akan memberikan keuntungan kepada pengguna. Apalagi, bersoraklah "Yahooo!!!!Yabedabeduuuuu!!!"

Monday, September 17, 2007

Maaf! Perkhidmatan Streamyx Tidak Dapat Disediakan Di Kawasan Anda

Semalam aku membantu rakan pejabat aku untuk check samaada kawasan rumahnya boleh memohon servis Streamyx ataupun tidak. Dia telah diberitahu oleh ejen streamyx bahawa kawasan rumahnya tiada perkhidmatan streamyx dan dia meminta aku membuat pengesahan. Lalu aku dengan baik hatinya (Superhero kannn..) terus login ke laman TMNET. Setelah memasukkan nombor telefon 04-03XXXXXX ke kolum yang berkenaan dan menekan butang submit, jawapan yang aku alihbahasakan didapati sungguh menghampakan seperti berikut:
Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan kerana jarak rumah anda daripada pencawang terdekat melebihi 5KM. Sila cuba untuk mendaftar servis Streamyx wireless dengan klik disini

Sungguh menghampakan bagi rakan aku itu kerana dia telah mendaftar talian tetap yang baru hanya untuk digunakan dengan streamyx. Talian tetap tersebut tidak boleh dibatalkan kerana mempunyai kontrak selama setahun..Rugi..Rugi..Sungguh tidak beretika ejen streamyx tersebut kerana tidak memberi penerangan dengan jelas dan jalur TMNET sungguh tak lebar walaupun kawasan rumah rakan aku itu adalah kawasan yang agak tersohorlah juga di Butterworth ni.

PenangFON

Tahukah anda bahawa PenangFON menawarkan khidmat broadband dengan kelajuan 2mbps dengan bayaran hanya RM60 sahaja sebulan tanpa perlu mempunyai talian tetap? Sungguh teruja sekali apabila aku membaca di laman web PenangFON. Bagaimanapun terdapat limitasi untuk service area yang berkitar di bahagian pulau sahaja. Kalaulah aku tinggal di kawasan tersebut....

Pengalaman Aku Minum Teh Di Cairo!

kedaiteh.jpg
Pengalaman kembara yang paling aku tidak boleh lupai adalah pengalaman minum teh di Cairo/Kaherah semasa lawatan aku ke sana di bulan Mac 2007. Aku fobia sampai sekarang apabila nak minum teh. Salah aku jugak sebab tak check habis-habis. Ceritanya terjadi selepas aku dan rakan sekerja habis berjalan-jalan sekitar bazaar Khan El-Khalili. Terasa dahaga pulak setelah penat berjalan di bazaar.Pada mulanya kami eksyen habis sebab tak nak pandang pun gerai jual air berdekatan dengan kedai teh (kedai teh macam kedai kopilah dekat Malaysia) yang kami nak masuk. Member aku komplen pasal bersih ke tak air yang dijualnya tu. Jadi kami ke kedai teh lah yang nampak gah sikit untuk menghilangkan dahaga kami ni. Setelah memesan dua cawan teh, kami pun duduk di meja berdekatan dengan booth telefon yang dilitupi dengan kain langsir.

"Macamana nak privasi kalau tutup dengan kain langsir je? Buatlah proper booth.. " Komen aku kepada member aku tu.

Selepas pesanan dua cawan teh dihantar, kami pun meneguk dengan sepantas kilat. Maklumlah kami ni dalam kedahagaan. Cara hidangan teh di Egypt agak canggih sedikit dimana customer diberikan segelas teh bersama segelas air kosong dan sepiring gula untuk kita tambah secukup rasa. Sambil aku menikmati air kosong yang disediakan, aku yang duduk betul-betul bersebelahan langsir ternampak seorang lelaki masuk untuk menggunakan telefon dengan tergesa-gesa. Melihat gelagatnya disebalik langsir, aku menjadi semakin pelik sebab dia diam jek...Kalau menelefon seseorang mestilah terdengar suaranya bercakap-cakap. Tiba-tiba!!!!!! Lelaki tadi keluar dengan perasaan lega sambil membetulkan zipnya dan satu kejutan buat aku kerana disebalik langsir yang aku sangkakan pondok telefon tadi rupanya terdapat sebijik mangkuk tandas yang sangat menjijikkan...Aisehmannn!!! Aku minum teh disebelah mangkuk tandas rupanya...Air kosong bersama teh yang aku telan tadi melonjak-lonjak menjerit nak keluar balik dari salur esofagus sambil mataku layu memerhatikan lebih banyak insan silih berganti di sebalik langsir tersebut. Perlahan-lahan aku mengatur langkah keluar daripada kedai teh yang gah itu...

Sesungguhnya aku tidak lagi akan menjejakkan kaki ke kedai teh di Egypt untuk minum secawan teh ..

Sunday, September 16, 2007

Ferrari Menang Bergaya di F1 Grand Prix Belgium

Pasukan Ferrari menang dengan penuh bergaya di Grand Prix F1 Belgium dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan podium pertama dan kedua. Kimi Raikkonen mendahului perlumbaan daripada awal hingga ke penghabisan dan diikuti oleh Felipe Massa untuk penguasaan total pasukan Ferrari. Raikkonen kini hanya 13 mata di belakang Hamilton untuk kejuaraan F1 musim ini dengan 30 mata masih boleh dimenangi.

Bagi pasukan McLaren pula yang didapati bersalah dalam skandal pengintipan teknologi pasukan Ferrari baru sahaja didenda USD100 juta dan ditolak kesemua mata kejuaraan kategori pengeluar.Bagaimanapun kedua-dua pemandu mereka Hamilton dan juara dunia musim lalu Alonso dibenarkan untuk meneruskan pertandingan. Di kejohanan GP Belgium ini, persaingan sengit berlaku di antara Alonso dan Hamilton berakhir dengan Alonso mendahului Hamilton pada kedudukan ketiga dan keempat.


Keputusan penuh 2007 Grand Prix F1 Belgium




Komentar : Kegilaan aku kepada perlumbaan F1 tergendala sekejap apabila Micheal Schumacher bersara di musim yang lepas. Aku lebih meminati pemandu yang berskil tinggi daripada mengikuti pasukan F1. Pada pandangan aku, masih belum ada pengganti yang berkarisma seperti Schumacher lagi. Kemungkinan yang terdekat adalah sensasi musim ini iaitu Lewis Hamilton. Bagi aku Alonso masih belum dapat menarik perhatian aku untuk menyokong beliau. Mungkin karakternya yang tidak menarik perhatian aku.

Saturday, September 15, 2007

Liverpool Hanya Mampu Seri

livports.jpgLiverpool hanya mampu mencatatkan seri tanpa jaringan di Fratton Park semalam. Perlawanan menentang Portsmouth yang agak seimbang ini menyaksikan Jamie Carragher turun buat kali pertama selepas dua minggu mengalami kecederaan tulang rusuknya. Banyak peluang-peluang menarik dicipta tetapi tidak dapat disudahkan dengan baik oleh penyerang kedua-dua pasukan terutama sekali oleh Liverpool yang memilih untuk tidak menurunkan Torres di awal perlawanan. Kelihatan gandingan Andriy Voronin dan Peter Crouch kurang menjadi bilamana gagal memanfaat peluang untuk menjaringkan gol.

Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina menjadi penyelamat kepada pasukan apabila Portsmouth dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil Mike Riley apabila Alvaro Arbeloa kelihatan menarik baju penyerang Arsenal, Kanu. Pepe Reina melonjak dirinya ke sebelah kanan untuk menolak keluar tendangan Kanu.

Perlawanan ini menampakkan Rafa begitu berhati-hati dalam percaturannya dengan tidak menurunkan kesebelasan utama yang menewaskan pasukan Derby 6-0. Percaturan yang kurang menjadi ini dibuat selepas mengambil kira kecergasan pemain yang terlibat dalam perlawanan antarabangsa dan persediaannya menghadapi Porto FC di pertandingan Liga Juara-Juara Eropah. Rafa menurunkan Torres, Steven Gerard dan Babel pada lewat permainan untuk cuba meraih tiga mata penuh daripada perlawanan ini bagaimanapun gagal. Peluang terbaik Liverpool hasil gerakan cantik Pennant, Sissoko dan Babel bagaimanapun gagal disudahkan oleh Voronin apabila sepakannya terkena palang atas gol Portsmouth.

Pompey yang menyaksikan kembalinya Sol Campbell dan kehadiran Papa Bouba Diop di barisan tengah Portsmouth gagal menjumpai rentak permainan yang diperlukan di awal minit permainan. Peningkatan permainan semakin baik ditunjukkan oleh Portsmouth apabila minit permainan bertambah. Penyerang Portsmouth Kanu dan Benjani mempunyai banyak peluang yang disia-siakan di hadapan pintu gol Liverpool apabila gagal menyudahkan hantaran.

Corak perlawanan terus seimbang hingga ke akhir dengan kedua-dua pasukan menyerang. Nampaknya Liverpool masih tidak dapat memecah kebuntuan kemenangan ke atas Portsmouth yang mempunyai rekod yang baik ke atas Liverpool. Pada musim yang lepas, Portsmouth berjaya mencuri 4 daripada 6 mata perlawanan liga daripada Liverpool.

Thursday, September 13, 2007

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

masjid.jpg

Semasa aku menonton Buletin Utama..
Pembaca berita, "Kita berhenti seketika untuk mendengar satu pesanan penting." Aku ingat umum apa, rupanya nak umum tarikh berpuasa pada hari Khamis 13/9/2007. Alhamdulillah! Umur aku dipanjangkan untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia bulan Ramadan Al-Mubarak. Seingat aku selama berpuasa dari mula dulu (Mungkin masa aku darjah 3 kut) hingga dah angka depan jadik 3, hanya 2 hari sahaja aku tertinggal puasa.Sebabnya biarlah rahsia...Itu pun dah diganti..

Apa-apa pun, tanamkan semangat, lakukan ibadah puasa dengan seikhlas hati dan elakkan pembaziran. Dengan ini, aku ingin mengucapkan, Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak.



Monday, September 10, 2007

Bajet 2008

Aku lambat sket ler nak meng-update-kan blog aku ni sekarang sebab banyak keja pulak nak kena buat. Macamana pun blog ni kena update jugak kan..Jadi aku nak menulis mengenai bajet 2008 yang diumumkan pada hari Jumaat yang lalu oleh Perdana Menteri Malaysia yang asyik tertidur je..Nasib baik masa pembentangan Bajet 2008 dia tak tidur...Antara isipati Bajet 2008 yang mempunyai kesan langsung kepada hidup aku di tahun 2008 :

  1. Pengeluaran akaun 2 KWSP dibenarkan setiap bulan untuk membiayai ansuran pembelian bagi sebuah rumah.Cepat sikit habis hutang rumah aku tu..

  2. Pengurangan duti stem bagi pembelian rumah yang bernilai kurang daripada RM250000.

  3. Penghapusan yuran persekolahan di peringkat rendah dan menengah. RM4.50 je setahun!! Patut dah lama dihapuskan.

  4. Pemberian pinjaman buku teks kepada semua pelajar tanpa mengambil kira pendapatan isi keluarga.

  5. Dividen pelaburan yang dikecualikan daripada cukai. Bolehlah menggalakkan aku melabur lagi.

  6. Mengalakkan penglibatan aktiviti beruniform di sekolah dengan pemberian sepasang uniform percuma kepada pelajar yang pendapatan keluarga kurang daripada RM1000 sebulan. Jadi, tiada lagi alasan tidak mampu untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah lepas ni.

  7. Pembentukan dana pinjaman perumahan kepada rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada bukti pendapatan sistematik. Yang ini bagus untuk peniaga kecil-kecilan yang tidak berpeluang untuk meminjam dana untuk membeli rumah.


Aku senaraikan tujuh dululah sebab yang lain-lain isi lebih tertumpu kepada sektor korporat dan kewangan islam yang bukan di level rakyat marhaen. Lagi satu adalah tiada pengumuman pemberian bonus kepada kakitangan awam. Baguslah tu sebab diorang baru je dapat kenaikkan gaji. Tiada bonus maka tiadalah kenaikkan harga barang menggila oleh peniaga yang rakus. Syukur!!!!! Tapi, bonus boleh diberikan cuma perlulah secara pengumuman pekeliling dalaman sahaja supaya tidak dihidu oleh peniaga yang rakus tuh..Anyway, tiada apa pun yang mengejutkan daripada bajet 2008 ni kecuali tiada bonus untuk kakitangan awam...

Saturday, September 8, 2007

Hijau Kuning lakar sejarah

Raih tiga gelaran semusim selepas belasah Perak saingan final Piala Malaysia malam tadi

9suk28a.jpg



MUSIM penuh gemilang ditamatkan Kedah dengan mahkota kejuaraan ketiga – menyapu bersih tiga trofi utama – sesudah membenamkan Perak 3-0 yang beraksi dengan bekalan 10 pemain pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Anak buah pengendali Azraai Khor Abdullah pasti pulang penuh bangga selepas muncul juara mutlak bagi musim 2006-07 ketika penyerang import dari St Vincent & The Grenadines, Marlon Alex James menyumbang dua gol manakala Khyril Muhymeen Zambri membuka tirai jaringan.

Mereka menjuarai Liga Super dan Piala FA sebelum ini.

Dua gol pantas dalam tempoh dua minit pada babak pertama menyentap sedikit sebanyak semangat anak buah Steve Darby yang tenggelam punca dalam cubaan menembusi benteng pertahanan lawan yang utuh ditunjangi ketua pasukan, A Victor dan Cornelius Huggings.

Sekali pun pada awalnya saingan agak perlahan dan sedikit membosankan, ia kemudian bertukar wajah selepas 20 minit pertama dan stadium yang dipenuhi kira-kira 80,000 penonton gegak gempita meraikan gol pertama Kedah jaringan Khyril Muhymeen.

Jaringan yang hadir pada minit ke-25 itu berpunca daripada serangan balas pantas Hijau Kuning dengan James menyedari Khyril Muhymeen berseorangan di sayap kiri dan melorongkan bola tepat kepada pemain skuad bawah 23 tahun kebangsaan itu.

Khyril Muhymeen yang tidak dikawal rapi pertahanan Perak melarikan bola ke penjuru kiri kotak penalti lawan sebelum merembat cantik melepasi jangkauan penjaga gol lawan, Nasril Nourdin.

Dua minit kemudian, stadium bergegar lagi dengan tempikan dan teriakan keriangan penyokong Kedah apabila James, yang kempunan beraksi pada final Piala FA 30 Jun lalu kerana penggantungan perlawanan, menambah gol kedua buat pasukannya.

Menerusi satu lagi serangan balas, James yang mendapat hantaran pendek rakan serangannya Hasmawi Hassan, bijak berpusing 90 darjah sebelum meledakkan tendangan separa voli kaki kiri sekali gus menyaksikan Nasril tertewas kali kedua.

Petanda malang terus melanda Perak, juara Piala Malaysia tujuh kali, apabila selepas 36 minit mereka tidak dapat menggunakan khidmat dua penyerang utamanya, Khalid Jamlus dan Keita Mandjou yang mengalami kecederaan apabila dikasari lawan.

Khalid, pertaruhan terbaik Darby untuk mendapatkan gol, tercedera dan digantikan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-30 manakala Mandjou, import dari Guinea, terpaksa akur dengan keadaan dan digantikan R Surendren enam minit kemudian.

Lebih malang buat skuad Seladang, mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain dua minit sebelum babak pertama tamat apabila ketua pasukannya, Ahmad Shahrul Azhar Sofian menerima kad kuning kedua sekali gus dilayangkan kad merah.

Ahmad Shahrul, yang menerima kad kuning pertama pada minit ke-22 kerana mengasari pemain tengah Kedah,Nelson Sam Martin, dihukum pengadil C Ravichandran dari Selangor kerana terjahan serupa ke atas pemain import dari Chile itu.

James memadamkan terus sebarang cabaran Perak dengan gol ketiga sembilan minit sebelum tamat selepas hantaran lambung Ahmad Fauzi Shaari dari tengah bijak disempurnakannya dengan sepakan kaki kiri ke penjuru kanan pintu gol lawan memperdayakan Nasril.

KEDAH: Helmi Eliza Elias; V Thirumurugan, A Victor, Cornelius Huggings, Shafizan Hashim; K Soley (MatSabre Abu m80), Ahmad Fauzi Shaari, Nelson Sam Martin(Bunyamin Umar m60), Khyril Muhymeen Zambri (SamransakKram m69); Hasmawi Hassan, Marlon Alex James.

PERAK: Nasril Nourdin; Ahmad Azlan Zainal (SSubramaniam m66), Vedran Kukoc, Chan Wing Hoong; K Nanthakumar; Shahrulnizam Mustapa, Yusri Che Lah, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, Danial Fadzly Abdullah; Khalid Jamlus (Ahmad Fakri Saarani m30), Keita Mandjou (R Surendran m36).

Pengadil: C Ravichandran

(Oleh Hamdan Saaid dan Mohd Fadzrie Hazis -Berita Harian)

Monday, August 13, 2007

Bas Ekpress Maut - Takziah Untuk Keluarga 20 Mangsa Yang Terbunuh

busofdeath.jpg

Takziah buat keluarga mangsa nahas bas ekspres yang meragut nyawa 20 penumpang. Banyakkanlah bersabar kerana ini adalah satu daripada takdir kehidupan yang ditentukan oleh tuhan. Sesungguhnya tragedi ini adalah yang terburuk dalam sejarah pengangkutan awam Malaysia. Perjalanan bas tersebut daripada Melaka ke Alor Setar, Kedah berakhir dengan tragedi di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran dengan Bukit Gantang, Perak. Kemalangan ngeri terbabit berlaku pada pagi Isnin sekitar jam 4.20 pagi.

Pemandu bas yang memiliki 13 saman trafik dengan dua waran tangkap turut terbunuh dalam kejadian tersebut. Manakala bas ekspress yang berusia 20 tahun itu pula mempunyai 19 saman dan tidak mempunyai permit untuk melalui route Melaka- Alor Setar. Persoalan disini, bagaimana perkhidmatan bas awam dengan rekod seburuk ini masih boleh dibiarkan untuk berada di atas jalan raya? Penguatkuasaan yang sangat lemah! Mungkinkah pengawai penguatkuasa sudah boroi dengan suapan daripada syarikat pengangkutan yang rakus sehingga tak larat nak menjalankan tanggungjawab? Tubuhlah beratus badan penyiasat pun, tetapi jika yang boroi-boroi ini masih wujud, kejadian akan berulang dan badan penyiasat ini pun akan menjadi satu lagi tempat untuk memboroikan perut mereka.

Aku amat sedih.........

Kejadian Tepat Jam 2.15 Pagi Semalam

Tepat jam 2.15 pagi..Aku kedengaran salakan anjing mendayu-dayu macam ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku. Berdiri bulu roma aku bila mengingatkan cerita si pontianak yang muncul di sebalik sahutan mendayu anjing. "Hishh!!," dengus aku rimas menghadapi suasana yang amat suspen ini. Sudahlah aku sedang keseorangan akibat tidak boleh tidur. "Ini mesti Nescafe punya pasal nih!," aku menyalahkan dua gelas Nescafe yang aku minum selepas makan malam tadi. Dengan tergopoh-gapah, aku menyegerakan kerja mengemaskinikan laman blog aku. Masih terngiang-ngiang di telinga gemersik suara emak aku memceritakan tentang kejadian dia di suatu pagi. "Semalam mak sahur dalam bilik je. Takut mak sebab masa mak tengah makan di dapur pagi tadi, terdengar bunyi tapak kaki orang berlari masuk bilik. Padahal mak yakin korang tidur masa itu." cerita emak aku. " Mak punya perasaan saja kot?," balas aku sinis kepada cerita emak itu. Tapi malam ini giliran aku pulak.."Ishkkhh! kenapa lambat pulak streamyx nihh? Bangang tullah servis tmnet nihh..," aku mengomel sorang-sorang. Tiba-tiba, aku teringatkan sesuatu..Lalu aku pun memerhatikan lampu LED di modem streamyx. Berkelip-kelip LED tengah modem streamyx aku. "Sah! Sah! Bangsat punya penyangak..!!," ngomel aku lagi dalam keheningan pagi sambil mengangkat gangang telefon untuk memastikan tekaan aku..Teringat aku kepada  tragedi Jun yang lalu..

Esok aku kena call talian 100 TM nampaknya..Era aku tanpa internet akan bermula..Kenapalah penyangak-penyangak ini dijadikan sebagai manusia. Kan lebih baik dilahirkan sebagai binatang..Maafkan mak kassiiimmmmmmmmmm.....

Friday, July 27, 2007

Apa cerita?

Apa cerita? Naik mual jugak nak menjawab kalau ditanya soalan macam tu sebab aku memang takde cerita pun. Life tak excitinglah sehari dua ni..Banyak benda rutin je yang aku buat. Pergi kerja, balik kerja, dan tidur. Besok cycle yang sama akan berulang kembali. Jadi apa aku nak cerita?

Aku nak tukar line handphone aku..Kenapa? Aku rasa macam tak dihargai je. Dah 10 tahun aku menjadi pelanggan Maxis dan dah beribu-ribu lemon aku bagi dekat Maxis tetapi tak ada pun Maxis nak bagi apa-apa reward sebagai pelanggan setia diorang. Dulu aku suka pakai Maxis sebab nampak kelas gitu dan network Maxis antara yang terbesar. Tapi sekarang ni pakai je apa-apa line telco, boleh kata mana-mana ceruk pun dah ada coverage. Lagipun aku bukan nak masuk hutan tiap-tiap hari. Kali last aku betul-betul masuk hutan 13-14 tahun lepas masa panjat Gunung Ledang dengan geng pengakap.Sekarang jangan kata hutan rimba, padang rumput pun susah nak jejak. Semua jalan bertar je, mana nak jumpa rumputnya. Aku sekarang ni sangatlah kurang buat call. Dulu masa belum kahwin line asyik kena suspend je sebab tak sampai tengah bulan dah over kredit limit. Tuhlah sebabnya Maxis menghadiahkan kredit limit aku ke RM2500 kot. Maxis ingat aku nak call Uganda ke hape? Tapi sekarang sampaikan package 75 Maxis pun tak habis limit tetiap bulan. Siap Maxis hantar message suruh SMS more, Call more. Dulu aku pakai normal package, ada jugak loyalty rebate RM30 mengikut jumlah tahun aku dengan Maxis tapi sekarang hampeh sebab rebate tu dah tak ada lagi..Aku betul-betul rasa tak dihargai bila subscribers baru pun dapat better promotion daripada aku yang dah 10 tahun dengan Maxis.Jadi, aku nak cabut ke telco lain..Soalannya ke mana?

Celcom!!! Celcom ada minutes plan C250 dan 1+3 supplementary plan. Itulah yang aku nak subscribe. Bayar tiap-tiap bulan RM50 untuk buat call 250 minutes dan satu supplementary line untuk bini aku RM5 sebulan je. Call keluar memanglah mahal sikit RM0.20/minit tapi aku bukan buat call banyak pun. Yang bagusnya aku boleh call bini aku anytime FREE je..Ini sudah baguss!! Jadi, apa aku boleh cakap, bye-bye MAXIS...

Wednesday, July 4, 2007

Aku berlakon je ni macam tengah sibuk buat kerja

Disebabkan memang tak ada kerja yang boleh dibuat, aku terpaksalah berlakon untuk menunjukkan macam ada banyak kerja. Kalau tak berlakon nanti kata aku makan gaji buta pulak. Hipokrit betullah aku ni tapi itulah ciri-ciri salesman yang makan gaji dan tak ada komisen jualan. Kalau ada komisen mau aku kerja macam tak ingat dunia punya. Sudahlah tempat aku betul-betul depan bilik bos. Kalau dia duduk di kerusi dia, akan nampaklah apa yang aku tengah buat. Nasib baik dia sekarang tengah outstation seminggu. Jadi aku berlakon pun tahap-tahap drama swasta RTM je lah. Kalau bos aku ada, aku dah boleh menang Oscar dah. Aku punya senior pulak nak telan seorang je pelanggan. Hampir semua enquiry atau email daripada customers, dia saja nak handle walaupun dia memang ada banyak pelanggan sedia ada yang nak kena handle. Hairan aku sebab bukan ada komisen pun nak berebut. Kemut betullah mamat ni. Suka hati kau lah labu!

Sultan Kedah Kena Jalan Kaki Beri Inspirasi Kedah Menang Piala FA

Hujung minggu lepas, perlawanan bolasepak Kedah lawan Perlis dekat stadium Batu Kawan. Kedah menang penalti 4-2. Aku sebenarnya tak ikut sangat bolasepak tempatan sebab kualitinya kurang sikit berbanding dengan liga Eropah. Bila Kedah dah ke final jumpa dengan Perlis, aku jadi teruja pulak. Jarang sekali aku tengok liga tempatan live dekat TV. Walaupun aku ni kaki bangku, tapi aku suka tengok perlawanan bola. Dan pada malam minggu hari tu aku pun follow final piala FA Kedah vs Perlis. Tahniah buat Kedah kerana berjaya menang game tersebut.

Sebenarnya aku menulis bukan nak cerita pasal Kedah menang tapi pasal Sultan Kedah kena berjalan kaki 2km pergi ke stadium. Diulang lagi sekali "Sultan Kedah kena berjalan kaki ke Stadium Batu Kawan sejauh 2km!". Bangga aku sekejap sebab Sultan Kedah sanggup berjalan kaki demi untuk menyokong pasukan Kedah. Memang dia patut dianggap peminat nombor satu pasukan Kedah. Dengan usianya yang sudah menjangkau 79 tahun, dia tak segan untuk berjalan kaki sejauh itu. Sampai aku pulak terasa segan apabila tidak pergi ke stadium untuk sokong pasukan Kedah. Tapi apa-apa pun isu aku berasa segan itu bukan isu yang nak aku ceritakan. Nanti aku cerita dalam episod yang lain. Selepas jadik je peristiwa ni, habis semua orang bising pasal Kerajaan Pulau Pinang tak hormatkan sultan. Mengelupur masing-masing tak nak mengaku bersalah. Padahal penganjuran macam ni dah lama dah dirancang dan jalan nak ke stadium tu pun dah ramai yang tahu tak boleh menampung trafik apabila ada acara yang besar seperti perlawanan bolasepak final Piala FA ni.Ataupun mungkin masing-masing memandang bahawa tak ramai pun nak pergi ke stadium untuk tengok bola tempatan ni. Macam-macam alasan dan andaian dah dibuat. Kalau Sultan negeri lain aku tak tahulah samaada sanggup ke tidak berjalan kaki macam Sultan Kedah ni. Boleh ke si presiden persatuan bola tu berjalan macam ni? atau dari negeri kat selatan tu? Silap-silap Pak Berahim ego tak bertempat tu dah kena penampar je. Yang bagusnya di Malaysia ni, bila orang besar terkena macam ni cepatlah sesuatu perkara dilaksanakan. Bajet berjuta-juta sudah diumumkan untuk pembesaran jalan ke Stadium Batu Kawan. Nak lebar satu jalan pun bajet sampai RM40juta ke?. Tak mengapalah, asalkan  jangan separuh jalan siap sudahlah pak menteri oi.

Monday, July 2, 2007

Kelabu je pandangan aku..

Minggu ni nampaknya macam jerebu melanda lagi..Jarak penglihatan takde lah pulak aku tahu berapa jauh tapi kalau kapal terbang bolehlah berlepas. Antara sebab musabab berlakunya jerebu ni kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia. Tambah pulak dah tak hujan selama hampir dua minggu. Makin menjadi-jadilah jerebu nih.

Aku ni bukan hapa, takut pulak bila permandangan nampak kelabu. Nasib baik masuk suratkhabar kata jerebu tengah melanda. Kalau tidak mesti aku ingat mata aku yang kelabu akibat tidur tak cukup. Semalam aku tidur jam 5 pagi kemudian bangun pulak 7 pagi untuk bersiap nak pergi kerja. Penat aku bila tidur tak cukup ni tapi aku terpaksa berkorban supaya usaha aku tak terkubur. Lepas dah siap pagi tadi, breakfast roti bakar dengan scambled eggs dah tersedia menanti.Bahagianya aku walaupun tak cukup tidur.

Sunday, July 1, 2007

Aku singgah sekejap di Lembah Bujang

Hari ini aku singgah sekejap di lembah Bujang selepas menghantar emak aku ke rumah nenek. Dah selalu ikut jalan Bedong ni tapi tak pernah berhenti di Lembah Bujang tengok candi-candi peninggalan penduduk awal negeri Kedah. Semasa kitaorang sampai ke Lembah Bujang, dah pukul 5pm, jadi tak sempat nak masuk muzium arkeologi Lembah Bujang tu. Takpe lah..Aku punyalah memanjat tangga ke kompleks candi tu.Dah semput dah oii..Berpeluh-peluh badan aku.

100_4062.jpg100_4064.jpg 100_4073.jpg100_4075.jpg100_4077.jpg100_4085.jpg

Masa sekolah dulu, subjek sejarah antara subjek yang aku suka. Siap dapat gred A tu masa SPM. Candi Lembah Bujang ni antara kesan peninggalan sejarah kerajaan terawal di negeri Kedah. Banyak artifak-artifak yang dijumpai menunjukkan Lembah Bujang ni wujud sejak 1500 tahun yang lalu. Seronok juga berdiri di kawasan kompleks candi ni sebab terasa tenang dan menyegarkan.

Tuesday, June 26, 2007

Selamat Hari Jadi!

Hari ini hari jadi aku! Dah tua rupanya aku ni ye..Aku dah dapat hadiah yang paling bermakna dalam hidup aku. Hadiah apa? Syyssshhh..Hanya aku sahaja yang tahu.

Perkembangan laman web aku agak lembab sedikit dalam seminggu dua ini. Banyak idea yang boleh dilaksanakan tetapi masalah utama aku adalah kekurangan pelawat. Mungkin Google membuat perubahan terhadap enjin cariannya yang mengakibatkan aku tidak tersenarai di muka utama. Aku jadik demotivated tapi untuk maju aku kena bangun balik dan berjuang dengan penuh semangat. Kerja setengah jalan tidak akan membawa aku kemana-mana. Aku dah melalui banyak kerja setengah jalan dan aku tidak mahu benda yang sama berulang lagi. Tambahan pulak aku sudah pun berdaftar sebagai ahli kelab 30-an. Sebagai ahli aku perlu meninggalkan ciri-ciri 20-an yang hidup masih tercari-cari dan tiada arah tuju. Aku kena stabil dan fokus dalam melakukan sesuatu. Terlalu melayukah aku ni?

Thursday, June 21, 2007

Aku tension dan tak nak buat apa-apa hari ini

Aku tensionlah hari ini!! Malas aku nak buat apa-apa! besoklah bila aku dah rajin dan tak tension, aku buat posting-posting yang berguna.

Wednesday, June 20, 2007

Aku bangun lewat tapi sampai ke tempat kerja awal pulak

Hari ni aku bangun lewatlah. Dalam jam 7.15am aku betul-betul bangun. Tersedar memanglah awal tapi nak bangun tu satu macam punya malas. Selalunya aku bangun dalam jam 6.45am. Tapi pagi ni agak lewat sikit disebabkan aku tidur lewat dan penat menolak motor pun belum habis lagi. Aku sarapan roti sliced 4 keping dengan sardin bersama nescafe+nestum 3-in-1. Malas nak goreng telur sebab aku dah muak breakfast dengan telur. Cutilah kejap 2-3 hari. Pakai baju kerja pun recycle je kemeja hari isnin. Biasalah kerja orang malas. Hari ni cuaca agak cerah. Harap-harap tak hujanlah hari ni. Hari ni agak cepat pulak aku sampai ke pejabat. Aku sampai 10 minit awal padahal aku bangun pagi lewat daripada selalu. Kenapa ya? Aku rasa mungkin disebabkan oleh psikologi aku ni. Apabila kita bangun awal, kita akan menjadi sambil lewa dan tidak tergesa-gesa. Lewatlah jadinya. Kalau bangun lewat, kita akan tergesa-gesa dan dapat menyelesaikan sesuatu perkara dengan lebih pantas. Contohnya macam aku buat hari ni. Aku sampai 10 minit awal tu..

Monday, June 18, 2007

Hari Selasa, apa sudah jadi..?

Hari Selasa aku tak pergi kerja sebabnya tayar motor aku pancit kat tengah jalan. Punyalah penat menolak sejauh 1km. Mahu terkehel pinggang aku berjalan sambil menolak motor. Bukan sebab aku tak pernah berjalan jauh sebelum ni tapi dah 6 tahun aku tak berjalan sambil menolak motor yang tayarnya pancit. Kali terakhir tahun 2001 menolak motor dari Petronas Taman Rekreasi Bukit Jalil sampai ke Serdang Raya.Masa tu belum kahwin lagi. Sekarang tenaga sudah disalurkan ke tempat lain.Kurengg sikit tenaga.

Bila tak pergi kerja, aku pun lepak dekat rumah sajalah mengadap kerja-kerja kesukaan aku. Lupa nak cakap, aku sarapan pagi nasi goreng dengan nescafe 3-in-1. Bangun awal sedikit sebab nak goreng nasik.Aku goreng 2 pinggan sebab satu pinggan untuk aku makan waktu pagi, lagi satu untuk makan petang. Tengok-tengok jadi makan tengahari aku je sebab aku tak pergi kerja.

Streamyx aku dah disambung kembali sejak petang Isnin lagi. Masa aku balik dari kerja hari Isnin dalam jam 6pm macam tu, nampak orang Telekom tengah tarik kabel telefon. Bagus jugak ye Telekom ni. Macam inilah khidmat yang dikehendaki oleh pelanggan terutama sekali macam aku ni. Bermaknalah sedikit kehidupan aku di rumah bila ada streamyx ni. Kalau tidak aku macam ular kena palu lah. Tak senang duduk!..

Sunday, June 17, 2007

Bangang betullah pencuri pencuri kabel telefon ni.

Akhirnya tahu jugaklah kenapa ada mamat 4 ekor yang dikatakan memerhati jiran aku tu. Nak mencuri kabel telefon rupanya. Patutlah pagi tu modem ADSL aku berkelip-kelip. Rupa-rupanya kabel telefon sudah dicuri. Diorang lepak depan padang tu sebab tengah cari lagi kabel mana yang boleh dicuri. Bagus juga jiran aku tu  perasan kehadiran diorang dan telefon polis. Kalau tidak mahu semua kabel telefon kawasan taman perumahan aku dicuri diorang. Akibat perbuatan diorang tu, aku tiada akses internet sejak hari Jumaat itu hari. Dah lah dua minggu lepas pun sudah berlaku benda yang sama. Aduh! Boring banget! Aku dah membuat laporan kepada Telekom mengenai masalah ini, jadi seminggu lagilah nampaknya aku tanpa akses internet.

Bangang betullah penyangak-penyangak kabel nih.Sepatutnya undang-undang yang lebih ketat diperkenalkan. Kawal pembeli-pembeli besi buruk yang tumbuh macam cendawan selepas hujan. Hampir di setiap kawasan ada saja pembeli-pembeli besi buruk ini. Tanpa mereka, pencuri-pencuri macam ini tiada tempat untuk menjual hasil curian mereka tu. Pihak berkuasa harus memberikan lesen hanya kepada syarikat pengurusan sisa terbuang yang beretika sahaja seperti Alam Flora. Dengan ini pembelian sisa logam atau besi-besi buruk ini boleh diselia dengan sistematik dan dapat menghalang pencurian berleluasa kabel logam. Bayangkan berapa ramai yang menghadapi kesusahan termasuklah aku sekali akibat daripada perbuatan terkeji penyangak-penyangak kabel ini.

Friday, June 15, 2007

Sekarang musim hujan

Hampir setiap hari sepanjang minggu ini hujan sebelah petang ataupun malam. Semalam pun hujan bermula dari jam 6pm sampai pukul berapa aku pun tak tahu. Nasib baik pagi-pagi hujan jarang turun. Kalau tidak susahlah aku nak pergi kerja sebab nak kena pandu kereta pulak. Maklumlah pergi kerja naik motorsikal je. Seronok juga tunggang motorsikal ni sebab mudah dan aku boleh jimat banyak berbanding dengan kereta terutamanya masa parking dan tol highway. Cuma yang menjadi masalah dengan motorsikal ni bila hujan. Untuk menghadapi hujan, aku dah siapkan dalam beg aku satu set baju hujan dengan selipar jepun. Bila hujan je, terus pakai baju hujan.

Dari segi penjimatan, nampaknya banyak yang aku jimat. Jika berkereta, tol yang perlu dibayar adalah RM5.20 untuk pergi dan balik. Manakala petrol dalam lingkungan RM7-8 sehari. Kalau aku bekerja selama 24 hari dalam sebulan, kos berkereta aku dah cecah sebanyak RM292.80. Nak tahu kos bermotorsikal? Hanya RM60.00 sahaja. Dengan penjimatan bermotorsikal ni, aku dapat bayar bil-bil utiliti rumah aku.Lagipun aku tak perlukan kereta untuk kerja aku sekarang ini sebab kalau aku nak jumpa pelanggan-pelanggan aku, kenalah terbang ke sana. Bila berada di office, aku pun tak perlu nak keluar kemana-mana. Jadi, motorsikal amatlah praktikal untuk aku pakai.

Berbalik kepada musim hujan tadi, teringat cerita Paklah berkahwin. Sehari selepas tu, KL kena banjir kilat sampai banyak kawasan tenggelam. Lama Paklah pendam air dia, sekali lepas banjir satu KL. Nak tergelak aku.

Monday, June 11, 2007

Aku Kembali!

Dah lama rasanya tak update perkembangan ataupun melakukan posting sebab sibuk dengan kerja, sibuk dengan laman blog aku, sibuk dengan family. Jadik, Aku pun dah hampir terlupa tentang kewujudan blog ini. Bulan ini banyak akan dihabiskan di pejabat tanpa perlu travel ke negara arab yg membosankan itu. Kenapa bosan? Macamana tak bosan bila melihatkan perangai bodoh sombong diorang tu. Lagi best kalau lepak je dkt Malaysia ku ini.

Bila stay dkt office nih, kebosanan pun datang menimpalah. Itu sebab teringat yang blog ni wujud rupanya. Tapi takpe, akan aku kongsikan pengalaman pahit manis bila berkesempatan.

Sunday, February 18, 2007

Pusat Reakrasi Sungai Sedim - Nikmati Alam Yang Hijau!!

Mari kita nikmati keindahan alam di Tahun Baru Cina!!!..

Hari ini, hari pertama Tahun Baru Cina 2007. Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya..Wish you all mendapat lebih banyak untung untuk tahun ini.

Alam yang hijau..Tahun Baru Cina bermaksud semua shopping mall tidak beroperasi.Semua ambik cuti sebab tauke-tauke kedai banyak yang berbangsa cina. Jadi, sebagai pengganti, aku memilih untuk ke tempat rekreasi rimba di Air Terjun Sungai Sedim yang kira-kira 1 jam perjalanan dari Kulim. Sungai Sedim sngat dikenali sebagai tempat sukan ekstrem berakit. Aktiviti ekstrem nih terlalu ekstrem utk org yang macam saya nih..Jadi, untuk keterangan lanjut sila lawati Kedah Tourism Website. Banyak info lain2 boleh didapati di sini..Pusat Rekreasi Sungai Sedim juga dikenali kerana mempunyai jambatan gantung tertinggi di dunia..

Untuk melalui jambatan gantung ni kena bayar fi.Aku tak ingat berapa banyak tetapi rasanya dalam lingkungan RM25++ untuk seorang. Aku tidak pula berminat untuk melalui jambatan tersebut kerana nak enjoy pemandangan dkt kawasan sekitar saja..lagipun aku fikir tidak berbaloi untuk  membayar bagi satu keluarga padahal kami bukan datang untuk berpiknik. Kalau berpiknik selama sehari, aku mesti akan melaluinya.

Aktiviti berekreasi ini sangat bagus untuk dilakukan terutamanya untuk kesihatan diri tapi aku ini susah tidak melakukan lagi buat sekian lama. Kenapa ya?? Kemungkinan bantal dan TV sudah menjadi teman aku buat sekian lama..Susah woo nak tinggalkan dua benda hantu tu..Senyum sikit!!!

Saturday, February 17, 2007

Kuwait City

Kuwait 20/01/2007.Cuaca Di Kuwait pada waktu ini adalah sangatlah sejuknya..
Sianghari: 14 darjah celsius
Malam :4-6 darjah celcius..

Matawang :
Kuwait Dinar - 1 KWD = RM12.70
Pecahan untuk satu Dinar (KWD) = 1000fils.

Visa untuk Rakyat Malaysia:
Visa Waktu Ketibaan, fi KWD6

Imigresen akan mengeluarkan satu sijil visa yang mana wajib diberikan kembali kepada mereka apabila mahu meninggalkan Kuwait. Pastikan anda tidak menghilangkan sijil ini..Jika tidak anda mencari nahas yang sangatlah besarnya..Pertama sekali apabila anda tiba di airport, pergi ke Kaunter pengeluaran visa untuk mendapatkan sijil visa..Kemudian baru anda pergi ke Kaunter Kawalan Pasport.

Sepanjang di Kuwait, aku menginap di Swiss Inn Plaza Kuwait. Hotel yang sangat bagus dan bertaraf 4 bintang kot..Yang bestnya sebab sebuah komputer disediakan di dalam bilik siap dengan akses internet broadband lagi..fuyoo!! Hotel nih jugak bersambung dengan Al Muthanna Shopping Complex. Jadik nak shopping senang-senang saja..

Teksi :
Kesemua teksi mempunyai meter tetapi bergantung kepada pemandu teksi tersebutlah samada nak menggunakannya ataupun tidak. Jadi, pastikan anda membuat penawaran sebelum anda menaiki teksi tersebut. Kuwait adalah negara yang sangat kecil tapi kaya dengan minyak. Untuk bergerak dari satu kawsan ke kawasan yang lain tidaklah berapa jauh. Tambang teksi paling tinggi pun dinasihatkan agar membayar pada kadar KWD2-3. Rakyat Kuwait sgt beruntung kerana mendapat pelbagai faedah drp kerajaan seperti tanah dan pinjaman yang faedah berkadar rendah.Cara hidup mereka pun sangat mewah dan boleh dilihat melalui saiz rumah dan kereta mewah mereka.

Dubai, UAE

sampai dkt Dubai hari Jumaat 10mlm..lepak hotel Grand Palace dekat Al-Karamah depan BurJuman..hotel 4 star katanya..Dhs600 semalam..cekik darah betoii..taraf dia sama mcm hotel 3 bintang je dekat Penang...Duit Dirham UAE lebih kurang Dhs1.00 = RM1.00..
Visa utk Rakyat Malaysia = PERCUMA!!! ...hehe

Dkt Dubai nih semuanya about duit...duit...duit...naik teksi short distance pun +/- Dhs30..Baru lepas balik drp Gold Souk dekat Deira..pinau mata aku nengok kilau emas..gilo betul..kalau geng mamak pi rompak dkt situ mau bersara terus dr merompak emas..aku yang lelaki nih pun boleh pinau mata...naik bot 50sen tambang...kalau naik teksi mau Dhs20..

Abu Dhabi nampak tak hectic sgt mcm Dubai dan tadak jemmm..masa aku pi itu harilahh..kalau masa2 lain tak tau lahh..perjalanan pi sangkut dlm Dubai saja nak lepas dr Sheikh Zayed Road tuh ambik masa 1 jam..lepas2 je dr jem tuh ambik masa 45min utk sampai Abu Dhabi...Balik lagik best..45 min sampai ke emirates tower tuh..lagik 2 jam baru sampai ke hotel..padahal kalau tak jem cuma 15-20min je dr emirates tower tuh nak ke al karama..

Yang best nih aku rasa bas hanya disediakan utk expat je kut..sebab dkt stesen bas semua muka India, Paki atau philipino..Emirates kaya..tak mainlah naik bas..Buat apa naik bas kalau ada Porshe Cayenne dkt rumah..Gilo gamaknya!

Manama, Bahrain

Trip ke Bahrain..masa check-in hari tuh beratur panjang ooo..dekat sejam jugak..tak sempat nak makan dulu..cheh..flight delay sikit nak tunggu kaunter check-in tutup..dah lah delay dkt situ, dkt Dubai ke Bahrain pun delay sejam..kapal terbang beratur nak take-off..satu jam dlm flight tunggu nak take-off..
Aku tengok arab2 nih mcm tak skolah jek..main duduk je seat macam naik bas. kalau sekali kena tukar tmpt ok lah jugak..nih 3-4 kali kena halau salah seat..aku rasa depa tak reti baca rumi kot..sib baik kena halau pun bangun tukar tempat..ada sekali tuh flight sblm nih lahh, mati2 pak arab tuh aduh takmo tukar seat..dia nak dok dgn kawan2 dia...bodoh tul..
sampai manama, bahrain jam 9.45am . Check in dkt Baisan Tower Hotel..rate dia BD41..hotel taraf 3 star je..tapi oklah sebab internet free..ada bfast lagik..tapi best aaa dok bahrain time sekarang..cuaca sejuk 19C..smlm ada hujan sikit..siang2 pun panas yang cool punya..

Teksi di Bahrain tak sukar kalau anda berada di kawasan Manama..Keluar sahaja dr kawasan Manama, ia agak sukar sikit..teksi disini hanya Bahraini saja yang bawak..Condition teksi ikut nasib, ada keta baru, dan ada kereta lama..teksi kena bargain dulu sebelum naik..pastikan anda tahu tempat yang nak pergi tuh dgn bertanya reception hotel brapa estimated fare atau jarak ke tempat yag dituju...dkt tingkap ada sticker tambang ikut kilometer tapi takleh pakai punya

Currency Bahrain Dinar..BD1.000 lebih kurang RM11...kecik dr Dinar adalah Fils dlm denomination 100.. 1000Fils = 1 Dinar. 100Fils dia aku lom jumpa lagi note..syiling je aku dpt..

Makan kena pandai cariklahh..aku kat sini hari2 pekena beriani kambing atau ayam..Banyak restoran ada cuma harga je jadik faktor..ada tmpt BD2 sepinggan dan ada tempat 700Fils sepinggan. aku makan yang murah punyalah..banyak gilosss..mkn sekali je takyah mkn terus sehari..hahaha..

Hari khamis mlm jumaat banyak keta plet saudi masuk bahrain utk bersukaria..nampak mcm bahrain ni utk saudi mcm danok atau songkhla bagi rakyat malaysia...nak entertainment pi bahrain..surga..surga..
Dlm GCC Saudi dan Kuwait tarak entertainment mcm disko atau pubs...kira tak happeninglah dkt sana..dkt area Hoora nih boleh nampak out of 10, 5-6 keta plet dr saudi..rosaklah anak2 arab nih...keja takmau..nak enjoy saja.

Muscat, Oman

Sampai ke Muscat, Oman jam 8.25am selepas 4jam transit dkt Dubai. Ada airport pickup tapi kena rip-off USD30. Stay dkt Sheraton, Ruwi. Tanya dkt hotel caj teksi ke airport hanya OR6 (OR1 = RM9.5390). Oman adalah negara yang berbukit-bukau yang botak. Bukan sebab pembalakkan berlebihan tapi cuaca panas yang menghalang pokok utk tumbuh.Untuk Memasuki Oman :

Visa boleh apply dr Kedutaan Oman di Kuala Lumpur ataupun dapatkan Visa On Arrival semasa tiba disana.Visa Fee : OR6.00. Visa fee nih free kalau masuk drp Qatar. Asalkan kena ada chop "Allow to entry Sultanate of Oman" dekat passport. Tak silap aku kena stay dekat Qatar untuk tempoh minimum 3 hari baru boleh free. Bagi yang nak dapatkan visa on arrival, sediakan USD utk tukar ke matawang Omani riyal sebelum boleh beratur di kaunter imigresen (Jgn risau sebab money exchange disediakan). Resit akan diberikan kepada dan kemudian baru pergi kaunter imigresen tunjuk resit pembayaran tersebut. Tempoh stay dkt Oman 1 bulan.

Hari pertama aku dkt Oman padam satu hari tapi sempat jugak bangun utk sembahyang Jumaat. Dengar khutbah jumaat dlm bahasa arab..Jalan kaki ke mesjid dalam 1km dr hotel..Berjalan dibawah panas 38C..Balik tidur kemudian bangun cukup2 utk mandi dan turun bawah utk iftar (Bukak Posa). Aku kat Oman mkn oklah sebab buffet iftar (ganti morning breakfast) dah termasuk dlm rates hotel OR55 per night. Lepas Isyak gi jenjalan carik sahur. Cover satu Ruwi aku jalan..Takda menda sgt dkt Ruwi nih jadik balik hotel siap2 utk tidur. Kat Oman nih rasanya bagus skit dr Qatar sebab menda maksiat tone down sikit. TV pun bertapis. Disco dkt hotel Sheraton nih pun tutup sempena bulan posa.

Second day, whole morning jumpa customer. Teksi dkt Oman nih tarak meter. Sebelum naik tuh bargain dulu. Dah agree baru naik. Make sure kita tahu destinasi kita nak pergi tuh dengan bertanya staff hotel ke atau tengok peta. Sebab kalau drebar teksi tuh mangkuk, nanti dia demand naik tambang. Macam aku pi satu Industrial Area tuh dr OR2.5 jadik OR5.00..Sebabnya tak tahu exact location tmpt customer tuh. Teksi diorang sama jugak mcm dkt Qatar. Rata2 pakai Toyota Yaris ataupun Toyota Echo. Lagi satu jenis teksi Van teksi. Dianya tambang ikut kapla. Satu kapla 200Bz (1 Omani Rials = 1000Baisa). Lagi save. Sempat jugak aku pergi Masjid Sultan Qaboos di Al Madinat. Cantik masjid tuh..Kalau ada duit semua boleh jadi..

Lepas Isyak barulah pergi ke Mutrah Souq lebih kurang 10minit drp hotel dengan teksi tambang 200Bz. Lepas pusing2 dptlah aku beli alas meja dgn harga OR12. Di MY rega dia paling murah aku nampak kat Penang RM180 saiz setengah dr yang aku beli tuh. Kat KL range RM300-400. Beli sehelai t-shirt Oman OR1.5. Ingat nak beli jubah tapi dekat Dubai airport murah lagi 20%. Lepak2 kat corniche jap tengok org Oman. Lepas tuh on the way balik beli shawarma dgn pepsi 300Bz. Balik naik teksi mahal sikit 300Bz.

Polisi Oman pun sama jugak mcm Qatar tapi tak mcm Qatari yang kayo2..Omani nih estimate dlm 25% jer yang kayo. Dkt jalan raya pun kita boleh nampak beza dgn Qatari sebab kereta mewah tak sebanyak di Doha. Dekat sini office hour dari jam 8.30am sampai 2.00pm je utk bulan puasa. Keadaan yang sama dgn Qatar, Indian dimana-mana. Philipino je yang kurang sikit dkt Oman berbanding Qatar. Melayu kat sana mesti diorang ingat philipino sampai ada sorang awek philipine tegur aku ingat aku ni Philipino..hehehe..Harga mkn kat sini murah sikitlah drp Doha tapi aku tak rasa sgtlah sebab bukak posa dkt hotel.

Last day hari Ahad check out dr hotel dan terus ke airport. Teksi tambang OR6.00. Penatnya bukan sebab jln jauh ke hapa ke..lebih kepada cuaca panas kat sini. Jam 12.45am naik flight balik ke Malaysia. Sampai Penang jam 5.45pm...Penat!!Penat!!

Doha, Qatar

Dari Kuala Lumpur bertolak jam 3am sampai ke Doha, Qatar jam 9.30am. Transit lebih kurang 4jam di Dubai (Total journey: +/- 12jam). Perbezaan masa kurang 5jam daripada Malaysia. Sampai je ke hotel terus padam. Pukul 3pm baru bangun. Penat woo..tak tidur satu malam.Procedures to enter Qatar:

Visa = Boleh apply daripada kedutaan Qatar dan boleh dapat on arrival utk Malaysian.
Visa Fee = Qtr55 ( Mesti bayar pakai Credit Card. Cash diorang taknak.)

Kalau ke Qatar, dia akan chop " Allow Entry to Sultanate of Oman" dkt passport. Jika anda hendak ke Oman, anda tidak perlu lagi membayar untuk visa masuk ke Oman kerana antara negara Qatar dan Oman ada perjanjian Persamaan Imigresen.

Suhu kat sini panas ler lebih kurang 36-38 degree C. Tapi dah start nak sejuk sikit dr sekrang sampai bulan March nanti tapi still panas lah. Aku stay dkt Ridges Plaza, Doha. Hotel dkt negara Arab memang mahal mcm dkt Rydges Plaza nih harga Qtr700 semalam utk twin single bed room. Standard dia sama je mcm hotel dkt KL dlm range RM200 ke RM300 satu malam. Nak cari makan susah skit sebab kedai makan kena jalan lebih kurang 1km ke town. Nak makan kat hotel mahal la..Kenalah budget skit beb. Dekat Doha, business hour lain skit dr Malaysia..Terutama bulan puasa. Start dr 8.30am sampai jam 2.00pm. Rehat kemudian sambung balik jam 7.30pm sampai 11.00pm. Kebanyakkan office dan kedai mcm tu..Jadik, pukul 2pm ke atas baik tidur dkt hotel lagik baik. Pak Arab punya stail memang tidur time nih. Lagipun memang logiklah sebab cuaca panas sgt. Nak buat kerja pun tak mampu. Lebih baik tidur. Aku pun bantai tidurlah jugak..haha..

Jalan kaki ke town carik kedai utk bukak posa. Bukak puasa jam 5.10pm dkt fastfood Sterling..Mahal siot..Hamburger dia saja dah Qtr8 (1Qtr = RM1.0118) campur Coke Qtr4. So, sorang makan Qtr12. Tak kenyang..pi kedai runcit sebelah beli roti slice mcm gardenia Qtr4. Harga double..Dlm kepala dok pikir mahal-mahal. Balik hotel cicah dgn kari Berahim. Jam 6pm dah gulap gulita. Lepas je semayang isyak jam 7.20pm, aku bersiap utk appointment jam 9pm.

Teksi dkt sini ada 2 jenis. Satu teksi biasa kaler kuning dan satu lagi teksi Kawar kaler biru (premium taxi). Teksi kuning keta dia tak berapa best sikit..Mostly diorang pakai kereta lama dan murah skit lah..Kalau kereta baru mereka guna Toyota Yaris sedan. Teksi Kawar pulak mostly pakai Toyota Camri. Teksi dkt sini pakai meter, jadik takyah risau kena cekik darah tapi depa ada intention utk bawak kita round2 dulu walaupun tempat dia dekat je. English no problem walaupun ada taxi driver yang tak berapa fasih. Habis appointment, pergi jalan carik Sahur sambil2 tuh jenjalan ke Souq. Satu benda yang menarik minat aku kedai burung. Dia jual burung helang. Susah nak nengok scene nih kat MY. Burung tuh dia tutup mata dgn diikat di kaki dan disusun atas platform. Ingat nak beli sekor tapi boleh ke bawak balik Malaysia. Mau jabatan perhilitan tangkap aku..hehe..Kalau ke Souq tuh sentiasa apply 30% diskaun bila nak beli barang. Pusing kat situ takdek apa yang minat. Belah balik lah..Pegi beli shawarma mcm Kebab lah..Harga Qtr2 satu. Balik hotel terus tidur.

Di Qatar, Indian dan Philipino terlalu ramai. Kalau kita tgk statistik pun 40% je dr population tuh adalah Qatari. Dan Qatari nih kayo kayo..mcm dkt town nih, kalau masuk kedai je mesti Indian yang jaga. Rules utk foreigner buat business dkt sini mest ada local iaitu Qatari sebagai sponsor. Sponsor punya fee lagi dkt dengan Royal family lagi mahal dia punya fee. Kita boleh nampaklah beza Qatari dgn lain2..Very obvious..Masa aku banyak dihabiskan dengan meeting dan appointment. Malam saja jalan-jalan carik makan utk bukak puasa. Walaupun Qatar nih negara arab, tapi stesen TV tayang jugak uncensored punya cerita. Pukul 4am masa bangun sahur TV dok tayang gambar *t0000t*. Doniaaa..Doniaa...

2nd day sahur aku cari nasik..tak tahan makan roti cicah berahim..hehe..jumpa satu kedai pakistan jual nasik beriani. Harga beryani kambing boleh tahan Qtr8 sepinggan. Lega-lega..kenyang makan nasik..Tetiap malam ke souq tapi tarak minat nak beli apa2..Mahal satu benda dan lagi satu banyak yang made in China atau India punya product..Ingat nak beli jubah tapi terpampang besar made in China..Baik takyah..Nak beli souvenir kecik2 aku nih bukannya minat benor..Last2 tak beli apa2 pun dkt Doha.

Bulan depan Asian Games dah nak jalan tapi infra mcm lagi setahun nak siap..aku sembang dgn sorang customer aku nih, dia pun cakap tak yakin yang infra boleh siap on time utk asian games..Planning tarak..Qatari pikir diaorang ada duit semua boleh siap on time..Last2 cakap kata semua infra tu utk pembangunan masa depan..Tapi stadium banyak dah yang siap..Dia nih Indian dan dah stay dekat Qatar almost 25 years. Dia jadik volunteer masa asian games nanti. Aku wish good luck je kat dia.

Settled everything, hari Khamis 12/10/2006 check out dr hotel jam 1.30am dan aku bertolak ke Muscat, Oman. Flight jam 3.45am.