Wednesday, September 26, 2007

Hebatnya Cabaran Aku Berpuasa Di Rantauan

Ketika menjamah juadah berbuka puasa yang serba ringkas semalam, aku teringatkan pengalaman berpuasa di rantauan orang pada Ramadan yang lepas. Alhamdulillah, betapa aku sangat beruntung kerana dipanjangkan umur untuk dipertemukan lagi dengan Ramadan pada tahun ini dan dapat bersama-sama berbuka puasa bersama keluarga. Ramadan pada tahun lepas selama 2 minggu, aku diberi sales assignment ke Doha, Qatar dan Muscat, Oman. Owhh! Tersangatlah bosan sekali..Percayalah cakap aku.

beriani.jpg

Sebenarnya, inilah pengalaman pertama aku menjejakkan kaki ke Doha, Qatar di bulan Ramadan iaitu sebulan sebelum sukan Asia Doha 2006 berlangsung. Ketika ini cuaca di Doha masih di penghujung musim panas dengan bacaan suhu menghampiri 40 degree Celcius. Terasa angin panas menghembus ke kulit ketika menjejak kaki keluar daripada airport Doha. Aku masih lagi mengekalkan keheroan aku kerana bertegas untuk berpuasa walaupun berstatus musafir. Malas ahh, nak ganti puasa pulakk! Selepas bangun daripada tidur, aku menghadapi cabaran pertama untuk berbuka puasa dengan berjalan kaki kira-kira 500m dari hotel mencari restoran yang berdekatan. Itulah perjalanan aku yang aku rasa dekat je tapi jauh. Sebenarnya di hotel pun ada juga restoran tapi mahal sehh!! Habis pulak nanti elaun aku nak makan di hotel je hari-hari.

burung.jpg

Keesokkan harinya cabaran lebih besar datang apabila aku tersadai di kawasan perindustrian selepas habis perjumpaan dengan seorang pelanggan. Disebabkan aku terlupa untuk memesan kepada teksi driver supaya menunggu, sudahnya aku terpaksa berjalan kaki ke jalan utama yang jaraknya 1km di bawah panahan cahaya mentari tepat di atas kepala. Kemudian apabila sampai ke jalan utama, ada ke patut teksi yang ditahan semua bagi alasan nak balik tidur? "Sirr..Sirr...No sirrr, time to sleep. Very hot now!" kata salah sorang pemandu teksi yang aku jumpa..Mahu je aku bagi backhand je dekat driver teksi tersebut. Tetapi hati aku menjerit sabarrr. Inilah cabarannnn!!! Hebat sungguh ujian daripada-Nya. Alhamdulillah! Aku bersama family aku pada tahun ini.

2 comments:

  1. kau merasa puasa dirantau orang utk 2 minggu.Ya aku percaya amat bosan sekali terutama waktu berbuka.Tapi aku sudah 4 tahun berpuasa dirantau orang dan 4 kali juga aku beraya dirantau org dan 2 kali beraya dalam kelas!!!Arghhhh!!!

    Aku nak balik raya

    ReplyDelete
  2. Beli tiket lepas tuh balik terus raya..Agak tiket kapal terbang mahal, adventure skit naik train. Boleh jalan-jalan pergi China, Vietnam, Thailand tapi lambat sikitlah sampai..

    ReplyDelete