
Wah! Sanggupkah anda dipecat jika pampasan yang dibayar oleh majikan anda sebegitu besar nilainya..Aku sanggup! Pecatlah 10x pun tak mengapa..Tapi itulah nilai yang berkemungkinan pengurus Chelsea, Jose Mourinho akan terima kerana dipecat daripada jawatan sebagai pengurus pasukan Chelsea. Incik Mourinho yang menerima gaji sebanyak RM40juta setahun mempunyai kontrak lagi 3 tahun semasa dipecat daripada jawatan. Mourinho memang dipecat pun walaupun media cuba menggunakan perkataan persetujuan bersama. Secara profesional, baki bayaran kontrak perlu dijelaskan oleh Incik Roman selepas memecat Incik Mourinho. Ahh! Apalah sangat nilai RM140 juta di mata Roman Abramovich, si billionaire minyak dari Russia tu. Mungkin itu hanya nilai untuk pencungkil giginya sahaja. Apa-apa pun, incik Mourihno meninggalkan kelab Chelsea dengan rekod pencapaian yang baik dan boleh dibanggakan. Aku berpendapat tiada yang lebih baik bagi beliau apabila meninggalkan kelab bolasepak Chelsea ketika di puncak kejayaan bersama dengan pampasan RM140 juta. Banyakkkkkkk tuu!!!
Errr...Mahukah Incik Roman mengambil aku sebagai pengganti Incik Mourinho? Aku boleh mengajar Petr Cech menyimpan rambut panjang berteknik rebonding ikatan ekor kuda..Eh! Macam stail penjaga skuad Malaysia yang kena bantai 6-0 lah pulak..Siapa ye penjaga gol tuuuuu....??
Aku sanggaupp!!!Sekali kene pecat pon cukup dah.Dapat RM140j tuh...
ReplyDeleteApa lagi..pergilah jumpa uncle Roman cepat-cepattt..
ReplyDelete