Wednesday, January 4, 2012

Happy New Year 2012


Wah.!!.Tahun 2012 sudah datang..Merenung balik 2011, macam-macam kenangan dah dilalui. Samada kenangan sedih atau yang menggembirakan. Dapatlah disimpulkan kenangan 2011 sebagai 'Rojak Pasembur'. Ishhkk!!!...Terasa nak pergi Penang makan pasembur la pulak...

Tahun 2011 agak balance sikit perasaan sedih dan perasaan happy. Dengan sedih habis kontrak kerja, duit tak cukup (Duit pernah cukup ke??), projek tak jalan, kena marah dengan majikan, kena maki dengan customers dan macam-macam lagi. Yang seronoknya pulak, dalam tak berduit, dimurahkan rezeki untuk berjalan-jalan makan angin. Memang makan angin betul-betul sebab bajet ciput. hahahaha..

Dalam tahun 2011, destinasi bercuti yang sempat aku jejak adalah Kota Kinabalu, Pulau Langkawi, Penang, Melaka, Johor Bharu, Singapore, Bali, Port Dickson, Cherating, Fraser Hill, Cameron Highland...Banyak jugak ye..!! Syukur pada Tuhan kerana diberikan kesempatan ini. 

Walaupun banyak dugaan dan rintangan dalam kehidupan ini,  hati tetap kena berlapang kerana semuanya adalah rancangan daripada Maha Esa.  Yang sedihnya kita anggap sebagai ujian dan yang pengalaman seronoknya pula kita anggap sebagai nikmat Tuhan. Selepas 2011, kita perlulah melihat ke depan - 2012...Banyak perancangan dah dibuat dan aku berharap rezeki kami sekeluarga dilimpah-ruahkan lagi supaya segala perancangan akan terlaksana...Cabaran untuk 2012 nampaknya agak getir sedikit tapi aku sukakan cabaran. Redahh je..!!! Jika tersekat walaupun kita sudah berusaha 110%, hanya padaNya kita berserah. Siapa tahu, mungkin ada perancangan yang lebih baik buat kita?..   

P/S: Nampaknya lambat lagi lah aku update cerita Bali sebab sekarang sangat sibuk!!!...