Tuesday, July 15, 2008

Analisis : Debat Minyak Anwar - Shabery

Debat semalam memperlihatkan siapa yang mempertahan kesusahan rakyat dan siapa pula yang pertahankan towkey-towkey kaya (baca: kroni). Sangatlah dangkal! Situasi global tidak boleh ditolak tapi dalam masa yang sama mesti mempertahankan rakyat. Ini adalah tanggungjawab kepada rakyat. Debat ini bukanlah untuk mencari siapa yang menang dan siapa yang kalah. Ia lebih menjuruskan kepada memberikan penjelasan kepada situasi kesempitan ekonomi yang berlaku sekarang.Daripada menjelaskan kepada rakyat langkah kerajaan menaikkan harga minyak adalah untuk membantu rakyat jangka panjang, wakil kerajaan nampaknya lebih berminat menyerang peribadi. Adakah ini kualiti yang dimiliki oleh menteri kabinet tika ini.? Jika ya, amatlah sedih sekali! Lihatlah berita stesen TV dan akbar-akbar tempatan hari ini termasuk juga artikel dibawah ini. Masih tidak mahu menerima realiti kedangkalan diri sendiri. Masih mahu menunjukkan dia hero. Cukup-cukuplah dengan politik kotor itu. Ambil pendekatan yang baik walaupun datang daripada pihak lawan demi untuk rakyat bukan untuk kroni.
Shabery: Democracy the winner
By Shannon Teoh

Shabery Cheek says democracy was the winner
PARLIAMENT, July 16 - Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek called last night's fuel price debate a victory for openness.

"I don't think there was a winner or loser as we both got our views across. Democracy was the real winner and I hope this begins a culture of debate and institutionalises it in our political landscape," he said.

He also said that he was satisfied with his own performance in last night's one-hour debate with PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim which was broadcast "live" over Astro Awani, TV9 and Bernama TV at 9pm with a delayed telecast over TV3 at 11pm.

"I got hundreds of SMSes, like I won an election. Some said I did very well, some were angry with me."

He also denied that he had made personal attacks on Anwar last night but was merely establishing Anwar's lack of credibility.

"We need to establish what were his prior policies to see if his ideas today have credibility. I was not making personal attacks such as critcising his clothes, his preferences, his face. But when he referred to my time at Semangat 46, now that was a personal attack." - TheMalaysianInsider

Tahukah anda sebanyak 44% daripada pendapatan negara adalah sumbangan Petronas? Tahukah anda belanjawan negara kini asyik defisit saban tahun. Bagaimanakah keadaannya jika ditakdirkan minyak kurniaan tuhan ini habis besok hari. Takkah keadaan negara akan berada dalam situasi sangat daif. Kecekapan pengurusan belanjawan negara haruslah ditingkatkan. Hasil tidak dijangka atau bakal habis seperti minyak haruslah disimpan dan dilaburkan untuk generasi masa depan. Jangan terjerat dalam kerakusan sendiri kerana keadaan ini sangat bahaya seperti kata Tan Sri Hassan Merican
Petronas chief: Addiction to finite resources dangerous
The country has become too dependent on money from the oil and gas sector as its contribution accounted for over 50% of the Government’s revenue, said Petronas acting chairman and president Tan Sri Mohd Hassan Marican. - TheStar

Fikirkanlah!

Wednesday, July 9, 2008

Dimanakah anda dalam kajian pendapatan isi rumah terkini?

Berikut adalah maklumat kajian terkini pendapatan isi rumah seperti yang yang dijawab oleh Senator Amirsham A Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menjawab soalan Dr Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput di Parlimen.


Kadar pendapatan
Peratusan
bulanan isi rumah

Keluarga



< RM 1000
8.6



RM 1001 – 2000
29.4



RM 2001 – 3000
19.8



RM 3001 – 4000
12.9



RM 4001 – 5000
8.6



RM 5001 – 10,000
15.8



> RM 10,000
4.9





100.0

Kajian ini memberikan satu kesimpulan yang agak menyedihkan. Katakanlah pendapatan RM2000 dan ke bawah diambil sebagai aras cukup-cukup makan. Maknanya 38 peratus atau lebih kurang 10juta (total: 27juta) daripada rakyat Malaysia sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan. Mereka hidup cukup-cukup makan je dalam situasi inflasi yang mencanak-canak naik hari ini. Sangat menyedihkan!!!

Dalam masa yang sama rakyat dimomokkan untuk tukar cara hidup! Kalau sebelum ini naik bas pergi kerja, sekarang nak naik apa? Sebelum ini makan beras sekampit 5kg harga RM9.00, sekarang nak suruh makan ubi kayu ke? Cakap tak serupa bikin macam inilah..Mereka senanglah cakap sebab bila pergi meeting naik jet peribadi yang minyak diisi daripada keringat rakyat.Minyak kereta mereka juga diisi dengan keringat rakyat dan isteri-isteri mereka shopping sakan di London dan Paris juga disponsor dengan keringat rakyat!!! Rakyat tidak bodohlah bengong!!

Mari menonton satu lagi bakal wayang flip-flop

Adakah akan berlaku satu lagi wayang flip-flop daripada PM sekarang? Takkanlah kita tak ingat drama-drama flip-flop sebelum nih.Pernah dengar ayat macam nih tak? - "Saya belum berkahwin lagi, semua ini gossip sahaja.", "Parlimen tak akan dibubarkan besok", "Harga minyak tak akan dinaikkan selepas pilihanraya"...

Apa aku nak kata? Kamu sudah hilang kredibiliti lah Pak Lah. Tak payahlah tunggu 2010, lagi cepat lagi baik. Terlalu banyak flip-flopping, main politik dan tertidur semasa bertugas akan menghancurkan ekonomi negara. Kamu sudah gagal dalam tugas!!! Aku rela hilang Pak Lah dan UMNO daripada gagal membawa balik sesuap nasi untuk anak dan isteri di rumah.
Pak Lah to quit in June 2010
KUALA LUMPUR, July 10 — Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will step down as Umno president and Prime Minister in June 2010.

He is likely to announce the transfer of power date to Datuk Seri Najib Abdul Razak at a gathering for Umno officials today, a move aimed at reducing the level of political uncertainty in the country and the expected jostling for senior positions ahead of party elections in December.

His decision to set a specific date of departure will have repercussions on the party elections, with him and Najib likely to be returned unopposed as the No 1 and No. 2 in the party. This will almost certainly end Tengku Razaleigh Hamzah’s valiant attempt to win the 58 nominations required to contest the party president’s position. - Exclusive to The Malaysian Insider

Keretapi yang ditambah gerabak tapi mana gerabaknya?

Dulu masa projek ini dibatalkan kos lebih kurang RM12 billion. Katanya PM sebagai langkah penjimatan kerana kerajaan tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Tapi sekarang lagi mahal. Berapa agaknya komisen yang diterima oleh pihak yang tak sepatutnya ye. Inilah dasar DEB yang telah di puteraUMNO kan.Siapa yang rugi dalam hal ini? Mestilah rakyat marhaen seperti kebiasaannya..
Double-tracking rail project to cost RM23b

The Gemas-Padang Besar electrified double-tracking rail project will cost RM22.93 billion and is expected to be completed in 2012, Transport Minister Datuk Ong Tee Keat told the Dewan Rakyat yesterday.

He said of the total, RM3.45 billion was for the construction of tracks on the Gemas-Seremban section.

The rest are for Seremban-Rawang (RM1.5 billion), Rawang-Ipoh (RM5.5 billion) and Ipoh-Padang Besar (RM12.485 bilion).

"The project will ease traffic congestion between the towns," he said when winding up the Ninth Malaysia Plan Mid-Term Review debate for the ministry.

To a question by Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) on whether the ministry had carried out a study following claims that the project was not beneficial to the people, Ong said there was no truth to the claims.

"The project is not only to cater for the commuters' needs but also in the handling of cargo," he said.

Replying to Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) on KTM commuter services, Ong said studies showed that 93.17 per cent of train services arrived at stations not later than 15 minutes behind schedule.

He said only 3.97 per cent of those arrivals were between 15 and 30 minutes late while 0.46 per cent were between 30 and 60 minutes late, and cancellations 2.28 per cent.

Ong said there was still room for improvement and this would be done through adding extra coaches as well as periodic safety audits. ? Bernama