Saturday, September 2, 2006

Epson C67 Printer - Tidak berfungsi dengan kedua-dua lampu statusberwarna merah.

Masalah ini terjadi kepada printer Epson C67 aku pada bulan lepas. Daripada carian Google, aku terjumpa informasi mengatakan masalah ini terjadi kerana kadar kitar fungsi printer tersebut sudah mencapai maksima 8000 cetakan tetapi full pads yang terdapat pada printer tersebut masih lagi boleh bertahan untuk cetakan beberapa ribu kali sebelum diganti dengan yang baru. Jadi pening aku mencari penyelesaian untuk masalah ini. Akhirnya aku terjumpa satu program yang boleh melaraskan semula kiraan cetakan kepada bacaan kosong.

Kepada yang memerlukan program tersebut, bolehlah download daripada http://www.bismut.net . Anda perlukan mendaftar secara percuma dahulu ya. Cara-cara untuk menggunakan program tersebut tidak disediakan. Untuk run program Epson C67 reset software sangatlah senang dan ringkas. Tidak perlu install, hanya double click dan pilih fungsi yang diperlukan.