Monday, July 5, 2010

Aku ketagih Mafia Wars

Mafia Wars
Mafia Wars! Aku sudah sampai ke tahap kronik dah ni dalam ketagihan ini. Asalnya bermula bermain hanya untuk membuang masa selepas stress berkerja tapi dah jadi ketagihan nak bermain setiap hari. Walaupun kronik, masih lagi terkawal wang ringgit. Aku belum lagilah sampai ke tahap nak membeli rewards point untuk bantu menjadi mafia terhebat. Susu anak aku lagi penting daripada weapon terhebat yang boleh dibeli...
Aplikasi games Facebook memang boleh membuat kita ketagihan. Hebat sungguh programmers di Zynga iaitu company yang terlibat dalam membangunkan aplikasi ini.
Bagi aku kalau nak hilang ketagihan ini kena kuatkan semangat je. Sebelum ni aku ketagih lagi satu game facebook iaitu FarmVilles. Dan aku tahu ramai bapak/mak budak yang mempunyai ketagihan kronik ini. Ada seorang tu, siap boleh pesan dekat bini suruh tengokkan ladang Farmville bila dia pergi kerja. Nak jadik petani moden la kononnya..Hahahaha..Berbalik kepada cerita ketagihan, aku kuatkan semangat dan block terus application FarmVilles. Bila dah tak nampak maka tak terasalah nak main. Mafia Wars? Tunggulah bila aku dah jemu nanti.
Bestnya kalau duit Mafia Wars tu duit aku dalam bank sekarang! Banyakkkkk tuuuuu...