Thursday, September 20, 2007

Nurin Jazlin Telah Dijumpai!

nurin.JPGAkhirnya pencarian Nurin Jazlin telah berakhir. Bagaimana Adik Nurin dijumpai sangatlah mengejutkan serta penuh dengan kemarahan kepada sesiapa yang melihat keadaannya yang sudah tidak bernyawa lagi.Sebelum ini kita dikejutkan dengan terjumpanya sebuah beg pakaian yang mengandungi mayat kanak-kanak yang berumur lingkungan 8-9 tahun. Kanak-kanak tersebut dirogol dan dibunuh dengan begitu kejam sekali berdasarkan kepada kesan kecederaan di tubuhnya. Ibu-bapa Nurin telah membuat pengecaman dan mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut bukanlah Nurin yang hilang berdasarkan kepada fizikal mayat. Bagaimanapun ujian DNA telah dilakukan oleh pihak polis dan mengesahkan bahawa mayat kanak-kanak tersebut adalah Nurin yang sudah hilang selama sebulan. Ya tuhan..Apakah dosa anak kecil ini sehingga diperlakukan sedemikian rupa. Sungguh kejam! Pihak polis perlu mempergiatkan usaha mencari pembunuh ini dan bawa orang syaitan (Bolehkah aku simpulkan bahawa pembunuhnya itu bukanlah manusia tetapi syaitan? ) ini ke muka pengadilan.

Semoga roh Nurin Jazlin dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t

8 comments:

  1. Betul tu..
    penjenayah ini patut dihukum dikhalayak ramai untuk memberi kesedaran kepada insan-insan yang bercita-cita untuk menjadi penjenayah seoperti itu..

    ReplyDelete
  2. inilah yang dikatakan syaitan dalam bentuk manusia..memang patut dihukum mati kepada yang melakukan jenayah terkutuk ini!

    ReplyDelete
  3. Ktom setuju itu adalah syaitan yg bertopengkan manusia. Tapi ibubapa adik Nurin membantah bahwa mayat itu bukan anaknya berdasarkan kepada ketiadaan tanda2 yg ada pada tubuh beliau. Confuse betul kan?

    Sebagai seorang ibu, Ktom tak dapat bayangkan jika itu berlaku keatas Ktom nauzubillah...minta dijauhkan...sebak rasanya dihati ini..tak tahu cam mana nak suara perasaan yang melanda hati...Semoga tuhan memberi kekuatan kepada ibubapa dan keluarga adik Nurin...sesungguhnya Allah maha mengetahui diatas segala sesuatu.

    ReplyDelete
  4. jgn bagi mati mudah sgt, seksa dulu cukup2, tapi siapalah kita utk menghukum..

    ReplyDelete
  5. gantung di dahan pokok, kaki ke atas pokok... kasi cucuk dengan jarum setiap hari. ataupun biarkan kerengga menjalankan tugasnya menggigit orang tersebut... bagi seksa cukup2...

    ReplyDelete
  6. wahhh..semua nak menyeksa dulu..memang patut pun diseksa dulu sebelum hukum mati..Hopefully polis boleh tangkap setan tu cepat-cepat.

    ReplyDelete
  7. tindakan penjenayah terbabit meninggalkan mayat arwah dlm keadaan sebegitu rupa pastinya ada motif tersembunyi. lazimnya org buat salah, akan cuba menutup kesalahannya namun si penjenayah terbabit seolah-olah mencabar kredibiliti pihak polis, kesabaran keluarga arwah dan mentaliti rakyat umum. pikirkan..

    ReplyDelete
  8. al fatihah....buat keluarga en jazimin
    apakata kita sula jer pembunuh tu di khalayak ramai n kalau boleh kita buat kat stadium bukit jalil n buat live...kalau konsert kita buat live...ini mesti best blh kalahkan weeding of the year datuk ct nurhaliza n datuk k....mmg kejam betul lah

    ReplyDelete