- Pengeluaran akaun 2 KWSP dibenarkan setiap bulan untuk membiayai ansuran pembelian bagi sebuah rumah.Cepat sikit habis hutang rumah aku tu..
- Pengurangan duti stem bagi pembelian rumah yang bernilai kurang daripada RM250000.
- Penghapusan yuran persekolahan di peringkat rendah dan menengah. RM4.50 je setahun!! Patut dah lama dihapuskan.
- Pemberian pinjaman buku teks kepada semua pelajar tanpa mengambil kira pendapatan isi keluarga.
- Dividen pelaburan yang dikecualikan daripada cukai. Bolehlah menggalakkan aku melabur lagi.
- Mengalakkan penglibatan aktiviti beruniform di sekolah dengan pemberian sepasang uniform percuma kepada pelajar yang pendapatan keluarga kurang daripada RM1000 sebulan. Jadi, tiada lagi alasan tidak mampu untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah lepas ni.
- Pembentukan dana pinjaman perumahan kepada rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada bukti pendapatan sistematik. Yang ini bagus untuk peniaga kecil-kecilan yang tidak berpeluang untuk meminjam dana untuk membeli rumah.
Aku senaraikan tujuh dululah sebab yang lain-lain isi lebih tertumpu kepada sektor korporat dan kewangan islam yang bukan di level rakyat marhaen. Lagi satu adalah tiada pengumuman pemberian bonus kepada kakitangan awam. Baguslah tu sebab diorang baru je dapat kenaikkan gaji. Tiada bonus maka tiadalah kenaikkan harga barang menggila oleh peniaga yang rakus. Syukur!!!!! Tapi, bonus boleh diberikan cuma perlulah secara pengumuman pekeliling dalaman sahaja supaya tidak dihidu oleh peniaga yang rakus tuh..Anyway, tiada apa pun yang mengejutkan daripada bajet 2008 ni kecuali tiada bonus untuk kakitangan awam...
No comments:
Post a Comment