Monday, September 17, 2007

Pengalaman Aku Minum Teh Di Cairo!

kedaiteh.jpg
Pengalaman kembara yang paling aku tidak boleh lupai adalah pengalaman minum teh di Cairo/Kaherah semasa lawatan aku ke sana di bulan Mac 2007. Aku fobia sampai sekarang apabila nak minum teh. Salah aku jugak sebab tak check habis-habis. Ceritanya terjadi selepas aku dan rakan sekerja habis berjalan-jalan sekitar bazaar Khan El-Khalili. Terasa dahaga pulak setelah penat berjalan di bazaar.Pada mulanya kami eksyen habis sebab tak nak pandang pun gerai jual air berdekatan dengan kedai teh (kedai teh macam kedai kopilah dekat Malaysia) yang kami nak masuk. Member aku komplen pasal bersih ke tak air yang dijualnya tu. Jadi kami ke kedai teh lah yang nampak gah sikit untuk menghilangkan dahaga kami ni. Setelah memesan dua cawan teh, kami pun duduk di meja berdekatan dengan booth telefon yang dilitupi dengan kain langsir.

"Macamana nak privasi kalau tutup dengan kain langsir je? Buatlah proper booth.. " Komen aku kepada member aku tu.

Selepas pesanan dua cawan teh dihantar, kami pun meneguk dengan sepantas kilat. Maklumlah kami ni dalam kedahagaan. Cara hidangan teh di Egypt agak canggih sedikit dimana customer diberikan segelas teh bersama segelas air kosong dan sepiring gula untuk kita tambah secukup rasa. Sambil aku menikmati air kosong yang disediakan, aku yang duduk betul-betul bersebelahan langsir ternampak seorang lelaki masuk untuk menggunakan telefon dengan tergesa-gesa. Melihat gelagatnya disebalik langsir, aku menjadi semakin pelik sebab dia diam jek...Kalau menelefon seseorang mestilah terdengar suaranya bercakap-cakap. Tiba-tiba!!!!!! Lelaki tadi keluar dengan perasaan lega sambil membetulkan zipnya dan satu kejutan buat aku kerana disebalik langsir yang aku sangkakan pondok telefon tadi rupanya terdapat sebijik mangkuk tandas yang sangat menjijikkan...Aisehmannn!!! Aku minum teh disebelah mangkuk tandas rupanya...Air kosong bersama teh yang aku telan tadi melonjak-lonjak menjerit nak keluar balik dari salur esofagus sambil mataku layu memerhatikan lebih banyak insan silih berganti di sebalik langsir tersebut. Perlahan-lahan aku mengatur langkah keluar daripada kedai teh yang gah itu...

Sesungguhnya aku tidak lagi akan menjejakkan kaki ke kedai teh di Egypt untuk minum secawan teh ..

4 comments:

  1. alahai... gitu sekali ke? kenapa tak chek awal2...

    ReplyDelete
  2. Nak check mcmana? memang ditutup dengan kain langsir..Tak perasan pun sebab tak pernah jumpa menda mcm tu selama hidup di Malaysia nih. Lagipun masa masuk dan order sampai dah minum setengah gelas takde pulak org nak masuk balik langsir tu..

    ReplyDelete
  3. jauh berjalan luas pemandangan, wah apa kau buat kat cairo tu?

    err...di sebalik langsir tu, takde ke terbit bau2an kehancingan? :)

    ReplyDelete
  4. ali sihatsokmo - pergi menjual barang..bau hancing pun tak perasan sebab dahaga sgt masa tuh..

    ReplyDelete