Tepat jam 2.15 pagi..Aku kedengaran salakan anjing mendayu-dayu macam ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku. Berdiri bulu roma aku bila mengingatkan cerita si pontianak yang muncul di sebalik sahutan mendayu anjing. "Hishh!!," dengus aku rimas menghadapi suasana yang amat suspen ini. Sudahlah aku sedang keseorangan akibat tidak boleh tidur. "Ini mesti Nescafe punya pasal nih!," aku menyalahkan dua gelas Nescafe yang aku minum selepas makan malam tadi. Dengan tergopoh-gapah, aku menyegerakan kerja mengemaskinikan laman blog aku. Masih terngiang-ngiang di telinga gemersik suara emak aku memceritakan tentang kejadian dia di suatu pagi. "Semalam mak sahur dalam bilik je. Takut mak sebab masa mak tengah makan di dapur pagi tadi, terdengar bunyi tapak kaki orang berlari masuk bilik. Padahal mak yakin korang tidur masa itu." cerita emak aku. " Mak punya perasaan saja kot?," balas aku sinis kepada cerita emak itu. Tapi malam ini giliran aku pulak.."Ishkkhh! kenapa lambat pulak streamyx nihh? Bangang tullah servis tmnet nihh..," aku mengomel sorang-sorang. Tiba-tiba, aku teringatkan sesuatu..Lalu aku pun memerhatikan lampu LED di modem streamyx. Berkelip-kelip LED tengah modem streamyx aku. "Sah! Sah! Bangsat punya penyangak..!!," ngomel aku lagi dalam keheningan pagi sambil mengangkat gangang telefon untuk memastikan tekaan aku..Teringat aku kepada tragedi Jun yang lalu..
Esok aku kena call talian 100 TM nampaknya..Era aku tanpa internet akan bermula..Kenapalah penyangak-penyangak ini dijadikan sebagai manusia. Kan lebih baik dilahirkan sebagai binatang..Maafkan mak kassiiimmmmmmmmmm.....
No comments:
Post a Comment