





Masa sekolah dulu, subjek sejarah antara subjek yang aku suka. Siap dapat gred A tu masa SPM. Candi Lembah Bujang ni antara kesan peninggalan sejarah kerajaan terawal di negeri Kedah. Banyak artifak-artifak yang dijumpai menunjukkan Lembah Bujang ni wujud sejak 1500 tahun yang lalu. Seronok juga berdiri di kawasan kompleks candi ni sebab terasa tenang dan menyegarkan.
salam....
ReplyDeletesaya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh penulis dan rasa amat bangga kerana Lembah Bujang lerletak berhampiran dengan rumah saya. dahulu, tempat tersebut tidak membawa apa-apa makna dan hanya di jadikan tempat untuk rekriasi serta berkelah sambil mandi manda. tapi kini, setelah mendalami sejarah, barulah sedar akan kepentingan candi lembah bujang dalam peranannya mencorakkan tamadun awal manusia. insyaAllah, tesis mengenai Lembah Bujang yang bakal disiapkan akan memartabatkan lagi nama Lembah Bujang dan menjadikannya tarikan pelancongan yang utama di Kedah terutamanya Merbok.
sekian, wassalam.