Sampai ke Muscat, Oman jam 8.25am selepas 4jam transit dkt Dubai. Ada airport pickup tapi kena rip-off USD30. Stay dkt Sheraton, Ruwi. Tanya dkt hotel caj teksi ke airport hanya OR6 (OR1 = RM9.5390). Oman adalah negara yang berbukit-bukau yang botak. Bukan sebab pembalakkan berlebihan tapi cuaca panas yang menghalang pokok utk tumbuh.Untuk Memasuki Oman :
Visa boleh apply dr Kedutaan Oman di Kuala Lumpur ataupun dapatkan Visa On Arrival semasa tiba disana.Visa Fee : OR6.00. Visa fee nih free kalau masuk drp Qatar. Asalkan kena ada chop "Allow to entry Sultanate of Oman" dekat passport. Tak silap aku kena stay dekat Qatar untuk tempoh minimum 3 hari baru boleh free. Bagi yang nak dapatkan visa on arrival, sediakan USD utk tukar ke matawang Omani riyal sebelum boleh beratur di kaunter imigresen (Jgn risau sebab money exchange disediakan). Resit akan diberikan kepada dan kemudian baru pergi kaunter imigresen tunjuk resit pembayaran tersebut. Tempoh stay dkt Oman 1 bulan.
Hari pertama aku dkt Oman padam satu hari tapi sempat jugak bangun utk sembahyang Jumaat. Dengar khutbah jumaat dlm bahasa arab..Jalan kaki ke mesjid dalam 1km dr hotel..Berjalan dibawah panas 38C..Balik tidur kemudian bangun cukup2 utk mandi dan turun bawah utk iftar (Bukak Posa). Aku kat Oman mkn oklah sebab buffet iftar (ganti morning breakfast) dah termasuk dlm rates hotel OR55 per night. Lepas Isyak gi jenjalan carik sahur. Cover satu Ruwi aku jalan..Takda menda sgt dkt Ruwi nih jadik balik hotel siap2 utk tidur. Kat Oman nih rasanya bagus skit dr Qatar sebab menda maksiat tone down sikit. TV pun bertapis. Disco dkt hotel Sheraton nih pun tutup sempena bulan posa.
Second day, whole morning jumpa customer. Teksi dkt Oman nih tarak meter. Sebelum naik tuh bargain dulu. Dah agree baru naik. Make sure kita tahu destinasi kita nak pergi tuh dengan bertanya staff hotel ke atau tengok peta. Sebab kalau drebar teksi tuh mangkuk, nanti dia demand naik tambang. Macam aku pi satu Industrial Area tuh dr OR2.5 jadik OR5.00..Sebabnya tak tahu exact location tmpt customer tuh. Teksi diorang sama jugak mcm dkt Qatar. Rata2 pakai Toyota Yaris ataupun Toyota Echo. Lagi satu jenis teksi Van teksi. Dianya tambang ikut kapla. Satu kapla 200Bz (1 Omani Rials = 1000Baisa). Lagi save. Sempat jugak aku pergi Masjid Sultan Qaboos di Al Madinat. Cantik masjid tuh..Kalau ada duit semua boleh jadi..
Lepas Isyak barulah pergi ke Mutrah Souq lebih kurang 10minit drp hotel dengan teksi tambang 200Bz. Lepas pusing2 dptlah aku beli alas meja dgn harga OR12. Di MY rega dia paling murah aku nampak kat Penang RM180 saiz setengah dr yang aku beli tuh. Kat KL range RM300-400. Beli sehelai t-shirt Oman OR1.5. Ingat nak beli jubah tapi dekat Dubai airport murah lagi 20%. Lepak2 kat corniche jap tengok org Oman. Lepas tuh on the way balik beli shawarma dgn pepsi 300Bz. Balik naik teksi mahal sikit 300Bz.
Polisi Oman pun sama jugak mcm Qatar tapi tak mcm Qatari yang kayo2..Omani nih estimate dlm 25% jer yang kayo. Dkt jalan raya pun kita boleh nampak beza dgn Qatari sebab kereta mewah tak sebanyak di Doha. Dekat sini office hour dari jam 8.30am sampai 2.00pm je utk bulan puasa. Keadaan yang sama dgn Qatar, Indian dimana-mana. Philipino je yang kurang sikit dkt Oman berbanding Qatar. Melayu kat sana mesti diorang ingat philipino sampai ada sorang awek philipine tegur aku ingat aku ni Philipino..hehehe..Harga mkn kat sini murah sikitlah drp Doha tapi aku tak rasa sgtlah sebab bukak posa dkt hotel.
Last day hari Ahad check out dr hotel dan terus ke airport. Teksi tambang OR6.00. Penatnya bukan sebab jln jauh ke hapa ke..lebih kepada cuaca panas kat sini. Jam 12.45am naik flight balik ke Malaysia. Sampai Penang jam 5.45pm...Penat!!Penat!!
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSaya ada plan nak ke Oman untuk buat research berkenaan seorang tokoh di sana. Just nak tanya, jika saudara/tuan boleh cadangkan web/pelajar/ apa sahaja untuk guide saya spnjg berada di sana termasuk bahagian penginapan. sebab cadangnya nak duk sebulan-dua bulan..tapi, tengok pengalaman saudara/tuan di sana dengan kedudukan matawang yang tinggi...fuhh..terpaksa fikir balik..selain itu, ada tak pelajar malaysia di sana? kalau ada, bagaimana saya ingin contact mereka...thanx..