Aiyoh! Banyak pulak kerja yang nak aku bereskan sampai tak sempat nak update blog nih. Aku kena bersiap nak raya dan aku kena bersiap nak ke Dubai lepas raya..Semuanya nak kena disiapkan. Aku patut cari seorang pembantu peribadi nih tapi nak bayar dengan hapa? Bulu hidung? Datang hujung bulan je cabut lima helai bulu hidung buat bayar gaji..Cukup setahun bayar pakai bulu hidung sampai lubang hidung dah clear, bulu hapa pulak yang nak aku cabut..Risiko..Risiko..
Lepas raya aku terpaksa outstation ke Dubai selama dua minggu. Hishh! Aku sebenarnya cukup boring kalau disuruh ke Dubai sebab aku tak tahu nak buat hapa!! Maklumlah aku nih simple dan sengkek punya orang..Manalah nak mampu untuk lepak di Burj Al-Arab sambil menghisap sheesha atau membeli sepasang kasut di butik Salvatore Ferragamo di Burjuman atau memandu Porshe Cayenne yang banyak menjalar di sepanjang Sheikh Zayed Road. Apa yang aku mampu hanyalah melihat angka dirham di meter teksi memecut naik atau menikmati beriani kambing di Restoran Boom Boom Al-Karamah je. Aku tak suka kepada Dubai walaupun keinginan untuk mencari rezeki di tanah arab itu menarik-narik aku untuk ke sana. Walaupun aku berkatakan tidak kepada keinginan aku itu tetapi siapakah aku untuk menolak rezeki jika Dubai sudah ditentukan buat aku oleh-Nya. Bagi aku, Dubai banyak memperlihatkan kemewahan berbanding kesusahan. Kawasan Jumeirah sudah cukup untuk memperlihatkan kekayaan extraordinary Dubai. Itu belum lagi disentuh Burj Dubai atau Palm Jumeirah mahupun The World. Aku banyak bertanya adakah itu realiti kehidupan di Dubai? Mungkin ya, mungkin tidak..Ya, bagi si arab yang berlumba-lumba membina tower dan tidak semestinya kepada pendatang-pendatang bawahan yang berhijrah ke Dubai mencari rezeki. Kadang-kadang, realiti seperti ini terpaksa aku hadapi jika hendak mencari segigit shawarma di negara orang. Merapu pulak aku...!!
Err..Kali ni aku stay di hotel berdekatan dengan Bur Dubai. Maka, aku dah tak bolehlah lagi makan beriani kambing di restoran Boom Boom. Jauh benor nak berjalan ke Al Karamah..
Huih..sedapnya beriani kambing....meleleh air liur ku...hahahhaha
ReplyDeleteSuperhero, jalankanje tugas tu...jgn merungut byk2 tau nanti lekas tua plak..awak tu dh kira bagus, dpt kenal Dubai dan dpt pi free pulak tu ( hehehe awak keje kan? )tapi at least dapat mengenali tempat dan budaya org lain. Ktom ni tak pernah samapi pun ke sana. Awak keje kat mana ya?
Aku keja kilang di Penang.. :)
ReplyDeleteBukan merungut tapi mengarut..hahaha