Akhirnya tahu jugaklah kenapa ada mamat 4 ekor yang dikatakan memerhati jiran aku tu. Nak mencuri kabel telefon rupanya. Patutlah pagi tu modem ADSL aku berkelip-kelip. Rupa-rupanya kabel telefon sudah dicuri. Diorang lepak depan padang tu sebab tengah cari lagi kabel mana yang boleh dicuri. Bagus juga jiran aku tu perasan kehadiran diorang dan telefon polis. Kalau tidak mahu semua kabel telefon kawasan taman perumahan aku dicuri diorang. Akibat perbuatan diorang tu, aku tiada akses internet sejak hari Jumaat itu hari. Dah lah dua minggu lepas pun sudah berlaku benda yang sama. Aduh! Boring banget! Aku dah membuat laporan kepada Telekom mengenai masalah ini, jadi seminggu lagilah nampaknya aku tanpa akses internet.
Bangang betullah penyangak-penyangak kabel nih.Sepatutnya undang-undang yang lebih ketat diperkenalkan. Kawal pembeli-pembeli besi buruk yang tumbuh macam cendawan selepas hujan. Hampir di setiap kawasan ada saja pembeli-pembeli besi buruk ini. Tanpa mereka, pencuri-pencuri macam ini tiada tempat untuk menjual hasil curian mereka tu. Pihak berkuasa harus memberikan lesen hanya kepada syarikat pengurusan sisa terbuang yang beretika sahaja seperti Alam Flora. Dengan ini pembelian sisa logam atau besi-besi buruk ini boleh diselia dengan sistematik dan dapat menghalang pencurian berleluasa kabel logam. Bayangkan berapa ramai yang menghadapi kesusahan termasuklah aku sekali akibat daripada perbuatan terkeji penyangak-penyangak kabel ini.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete