
Aku ni tak glamour pun tapi saja-saja perasan kenkununnya glamour apabila hendak menulis artikel ini. Seronok ke bila menjadi orang glamour nih? Aku tak tahu pun seronok ke tak sebab belum pun glamour lagi. Ye ke? Yelahh, kalau ada pun mungkin aku tak perasan waktu bila aku glamour tu. Aku lebih suka bersikap misteri dan kurang dikenali daripada glamour tidak bertempat. Berbeza pula dengan sikap isteri aku yang sukakan glamour dan suka menonjolkan diri. Dalam setiap aktiviti yang dia sertai, mesti namanya akan selalu disebut-sebut. Glamour sehh!
Aku mengenali isteri aku sebagai seorang perfectionist! Sentiasa mahu perfect dalam semua perkara walaupun terpaksa bermake-up hanya untuk keluar ke kedai runcit depan rumah.Menangis tersedu-sedu mengatakan aku tidak memahami dia hanya kerana aku terlupa memakai perfume semasa keluar ke pasar malam di taman perumahan sebelah.Berbeza pula dengan aku seorang yang selekeh dan bersikap asal buat. Terlalu tipikal melayu tulin yang jelek. Mungkin itulah sebab mengapa kami ditakdirkan untuk hidup bersama.Dua insan yang berlainan sikap dan pemikiran ditemukan untuk satu pengembaraan dalam kehidupan. Semakin jauh kami mengembara, semakin banyak yang titik perbezaan yang ditemui yang harus kami kompromi. Begitulah betapa indahnya pengembaraan yang telah ditentukanNya. Harapnya pengembaraan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Berbalik kepada glamour tadi, aku menulis di laman blog ini hanyalah untuk suka-suka sahaja. Tempat melepaskan perasaan. Tapi, kadang aku ingin tahu jugak ada ke tidak orang yang ingin membaca luahan perasaan yang merapu aku ini. Manalah tahu, kot aku ni glamour jugak ke..Haha..Rupanya aku belum glamour lagik..Data trafik Alexa pun malu nak keluar untuk menunjukkan statistik sebab tak ada pun data yang nak ditunjukkan. Jauh sekalilah Google PR yang diwar-warkan sudah dihentikan oleh Google. Hah! Aku tak kisah pun kalau aku tak glamour.
Kadang-kadang aku melawat juga laman-laman blog yang lain untuk membaca dan mendapatkan idea mereka yang lain dan untuk melihat keglamoran mereka. Tetapi masa bagi aku membaca dan menyertai perbincangan secara aktif kadang-kadang adalah terhad. Bila berkesempatan aku meninggalkan komentar. Aku kadang-kadang cukup marah jika aku memberi komen tetapi dihalang oleh perangkap spam yang di pasang di laman blog mereka. Bukan hapa, penat aku menaip komentar aku tapi sia-sia je dimakan oleh perangkap spam. Ianya seperti rumah terbuka tetapi anda dihalang untuk bersuara."Jika bersuara aku masukkan kau ke dalam tong sampah..Woh!Hoh!Hoh!." Maka aku pun menghentikan lawatan aku selama-lamanya ke laman blog itu. Dah orang tak sudi buat hapa aku nak pergi rumah terbuka dia. "Oii brader! Itu rumah aku, hak akulah untuk menentukan peraturannya!!". Aku pun jawab balik, "Ini hanya luahan perasaan aku je.Janganlah terasa pulak!." Ikut suka kaulah labuuuuuu!!!......









Pasukan Ferrari menang dengan penuh bergaya di Grand Prix F1 Belgium dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan podium pertama dan kedua. Kimi Raikkonen mendahului perlumbaan daripada awal hingga ke penghabisan dan diikuti oleh Felipe Massa untuk penguasaan total pasukan Ferrari. Raikkonen kini hanya 13 mata di belakang Hamilton untuk kejuaraan F1 musim ini dengan 30 mata masih boleh dimenangi.
Liverpool hanya mampu mencatatkan seri tanpa jaringan di Fratton Park semalam. Perlawanan menentang Portsmouth yang agak seimbang ini menyaksikan Jamie Carragher turun buat kali pertama selepas dua minggu mengalami kecederaan tulang rusuknya. Banyak peluang-peluang menarik dicipta tetapi tidak dapat disudahkan dengan baik oleh penyerang kedua-dua pasukan terutama sekali oleh Liverpool yang memilih untuk tidak menurunkan Torres di awal perlawanan. Kelihatan gandingan Andriy Voronin dan Peter Crouch kurang menjadi bilamana gagal memanfaat peluang untuk menjaringkan gol.
