Tuesday, December 6, 2011

Trip KL - Bangkok - Hongkong - Guangzhou

Trip ni dah lama aku pergi tahun 2010 tapi tak pernah aku catat perjalanan aku ni dimana-mana blog mahupun forum. Mungkin penyakit 'M' aka 'Malas' sangat kuat di ketika itu ataupun aku terlalu sibuk dengan hal yang lain..Entahlah..Plan asalnya nak ke sana berempat tapi last minit terpaksa cancel disebabkan ada masalah domestik yang amat sukar untuk diselesaikan di kala itu..Jadinya pergi solo je lah..Trip aku ni tujuannya lebih kepada mencari peluang bisnes sambil makan angin sorang-sorang. Jadiknya, popular tourist spot memang aku akan skip jika tidak berkesempatan.

Hari Pertama

Aku beli tiket MAS dari KL ke Bangkok sebab bila aku buat comparison MAS dengan AirAsia, return tiket MAS adalah lebih murah. Owh, lupa nak cakap, dari Bangkok ke Hongkong, aku redeem points Emirates. So dapatlah tiket free. Cuma kena bayar airport tax je dalam RM150++..Sudah lupalah exact figure berapa masa aku bayar tax tu..Points pulak aku dapat collect masa travel extensively ke Middle East di tahun-tahun sebelumnya. 

Masa tu Burj Dubai pun belum siap lagi..Tapi bila siap sekarang nama dah tukar ke Burj Al-Khalifah..

Sampai di Airport Suvarnabhumi dah malam. Disebabkan sampai masih awal malam, aku terus mencari bas untuk ke guesthouse Baan Hualampong yang terletak berdekatan dengan stesen keretapi Hualampong. Tambang teksi agak mahal THB400. Kalau bas, tambangnya hanya THB150. Pastilah yang murah menjadi pilihan hatiku. Selepas menunggu hampir 30 minit, bas ke Hualampong pun sampai. Basnya agak selesa dan dipenuhi ramai backpackers mat saleh berbanding locals. Aku ni kiranye locals lah ye..Perasan lebih aku ni..

Welcome to Thailand at Suvanabhumi Airport, Bangkok

Sampai di stesen keretapi Hualampong, aku perlu menapak ke guesthouse Baan Hualampong lebih kurang 300 meters. Agak senang nak cari guesthouse ini sebab map yang agak detail telah diberikan di laman web. Billik sudah pun di booking sebelum sampai. Harga hanya THB290 sahaja tempat menginap aku malam ni. Bilik yang basic beserta kipas dan shared bathroom. Lepas letak bag dan buat apa-apa yang patut, aku pun keluar mencari makan dan beli berus gigi..Lupa bawak berus gigi lah pulak..Nak makan tapi terasa macam dah lewat. Akhirnya beli roti dengan air bawa balik bilik makan sambil surf internet tumpang WIFI guesthouse sebelah..Cukup masa PADAM..!!

Hari Kedua

MRT merupakan transport yang agak bagus sama seperti sistem LRT di Kuala Lumpur. Jadik aku beli kad One Day Travel yang bernilai THB120 untuk jimatkan kos.

Disebabkan hari ini hari Sabtu, awal-awal pagi aku memilih untuk ke Chatuchak weekend market. Tidak dibuka pada hari bekerja ye.!.Dengan menaiki MRT, aku turun di Chatuchak Park. Besar rupanya Chatuchak market ni..Dengan panasnya yang amat memeluhkan aku, aku berjaya menghabiskan segenap kawasan..Tak ada benda pun aku nak beli walaupun barang-barang agak murah kerana aku ni bukan kaki shopping dan takde plan nak membeli di sini. Nak tengok je apa yang dikatakan sebagai Chatuchak market ni.. Lepak sekejap di kedai kopi sebelum aku chalo ke Siam Square dengan menaiki BTS Sky Train. Best jugak sistem MRT di Bangkok ni. Bahagian atas rail track, bahagian bawah dia buat jambatan untuk pejalan kaki. Kalau tak nak naik MRT, jalan je sebab shopping centre berdekatan antara satu sama lain. So, aku pun menjalankan aktiviti mall hopping bukan shopping ye..Habis semua mall aku singgah. Dari Siam Square ke Siam Paragon, Central World sampai ke MBK, patah balik ke Platinum di Pratunam. Apa pun aku tak beli dan aku sangat regret kerana tidak membeli t-shirt di MBK kerana murah dan sangat banyak pilihan.

  
Aku berhenti minum di Gloria Jeans Coffee sambil melayari internet percuma di situ. Sambil-sambil itu mengklik-klik beberapa keping gambar kawasan sekitar. Disebabkan dah setahun lebih aku pergi ke sana, gambar-gambar agak kurang sedikit disebabkan gambar semuanya telah ku simpan dalam arkib. Ambik masa sikit lah nak korek balik arkib tu. Dah seharian merayap di area mall Bangkok ni, aku pun menapak pulang ke guesthouse. Lepak sekejap di bilik sambil melayan perasan dan malamnya aku keluar untuk ke kawasan Patpong. Saja nak tengok apa yang bestnya dekat sana. Turun saja MRT, terus cari makan. Kemudian, aku pun melalui red light area. Fuh..!! Kalau iman aku tak kuat, mau lucut lutut aku melayan ayam-ayam disitu..Ada yang tulin dan ada juga yang 'tulen', agak susah untuk dibezakan.Bergetar-getar dan meronta-ronta aku menahan perasaan gelora nafsu seorang lelaki dan tidak menghiraukan panggilan untuk singgah. Dosa wehh..

Selepas puas melawat kawasan lagak seorang YB di red light district ni, aku pun mengatur langkah pulang ke sarang. Kena bersiap sebab pada keesokkan harinya flight ke Hong Kong. Siap ke hapa bendenya setakat satu bag je..Poyo..!!

Hari Ketiga      

Beg dah kemas..Check-out sudah..Aku pun bergerak ke stesen keretapi Hualampong untuk mengambil bas yang sama ke Airport Suvarnabhumi. Breakfast macam orang kaya di airport. Aku bayar THB430 untuk breakfast pagi tu. Kalau tak silap, aku bayar untuk 2 menu, nasi goreng dengan pulut mangga. Itu yang jadi mahal.KemMasa untuk boarding dah sampai. Masuk je pesawat Emirates, terus sahaja stewardess pelbagai nationality greet aku. Walaupun aku tahu sapaan tu semuanya plastik je dan sebahagian daripada tugas mereka, aku membalas balik sapaan mereka. Tetiba ada seorang awek stewardess nih tegur aku...Lepas berkenalan pendek, rupanya dia adalah Malaysian..Yang syoknye aku mendapat layanan lebih sikit daripada pax lain kerana setiap kali dia lalu sebelah seat aku mesti dia akan tanya aku nak mintak apape ke..Aku pun ambik kesempatanlah...Tamakkan aku ni...!!.

Penatlah mengarang...Sambung PART 2 pulak lah....

          

4 comments:

  1. oo sambung naek flight balek ghupenye.. ingat tros smpai hong kong gune jalan darat.. hehe
    mmg breakfast tuh tak leh blah tau~ sah2 kat airport, ape je yg murah kan.. kalau x mesti boleh belanja 4 orang makan.. haha
    sambung cepat~ :-)

    ReplyDelete
  2. ingatkan buat overland trip.. hehe

    ReplyDelete
  3. wo yooo... cam amazing race, 4 country 5 days 4000km a trip around S.E.A. ahhahahah

    ReplyDelete
  4. shah_rule: Aku memang nak sambung tapi lepas balik dari Bali Khamis ni..banyak tips aku baca dari blog ko..terima kasih..

    hanie: belum lagik lah nak buat overland. masa tak mengizinkan...

    Lily Riani: memang mcm Amazing Race dah..Lom campur kena soal siasat dengan immigration dekat HK airport lagik..Abis alat sulitku dirabanya..hahaha...

    ReplyDelete