Thursday, October 20, 2011
BIG powered by AIRAsia and TUNE Money
Aku dah daftar dengan program loyalty BIG ni walaupun caj ATM withdrawalnya mahal (RM6 per withdrawal wooo!!). Bukan hape, walaupun aku tak gunakan VISA cardnye tapi bolehlah jugak aku dapat points bila terbang bersama AIRAsia atau tidur di TUNE Hotel..Ok lan kan..kan..Nanti points dah banyak bolehlah redeem tiket FREE!!!...FREE is the keyword!!!..
Nak daftar senang je,..Mula-mula tu pergi ke website dia tune2big.com. Cari button SIGN-UP, dan follow instruction. Untuk pendaftaran kena bayar RM10. Nak load ada 4 cara iaitu melalui CIMB ATM, CIMB CDM, FPX dan e-pay. Hanya melalui CIMB sahaja tiada caj reload. FPX dikenakan RM0.70 per transaction. Manakala e-pay pula caj dikenakan adalah RM2.00 per transaksi.
Ermmm..Bila laa points nak byk nih...
Masih berimpian nak ke Bali?

Bilik hotel budget untuk trip Bali aku dah booked through Agoda. Ini kali pertama aku menggunakan Agoda. Sebelum ini aku kerap menggunakan Asiatravel.com kerana mempunyai option pay during check-out. Tetapi kali ini harga bilik di Asiatravel.com melebihi budget aku la pulak. Hotel 3-4 stars jek yang ada..So, mari kita lihat macamana servis Agoda ini nanti.Aku akan buat review travel budget aku ni sesudah aku berjaya menjejakkan kaki aku ke sana. First time aku nak ke Bali dan Indonesia.
Sampaikah aku ke Bali bulan Disember nanti.? Akan adakah masa yang terluang bila tiba tarikhnya nanti. Penantian satu penyiksaaaan..huk..huk..hukk
Wednesday, October 19, 2011
Duit Oh Duit!
Monday, July 5, 2010
Aku ketagih Mafia Wars

Mafia Wars! Aku sudah sampai ke tahap kronik dah ni dalam ketagihan ini. Asalnya bermula bermain hanya untuk membuang masa selepas stress berkerja tapi dah jadi ketagihan nak bermain setiap hari. Walaupun kronik, masih lagi terkawal wang ringgit. Aku belum lagilah sampai ke tahap nak membeli rewards point untuk bantu menjadi mafia terhebat. Susu anak aku lagi penting daripada weapon terhebat yang boleh dibeli...
Aplikasi games Facebook memang boleh membuat kita ketagihan. Hebat sungguh programmers di Zynga iaitu company yang terlibat dalam membangunkan aplikasi ini.
Bagi aku kalau nak hilang ketagihan ini kena kuatkan semangat je. Sebelum ni aku ketagih lagi satu game facebook iaitu FarmVilles. Dan aku tahu ramai bapak/mak budak yang mempunyai ketagihan kronik ini. Ada seorang tu, siap boleh pesan dekat bini suruh tengokkan ladang Farmville bila dia pergi kerja. Nak jadik petani moden la kononnya..Hahahaha..Berbalik kepada cerita ketagihan, aku kuatkan semangat dan block terus application FarmVilles. Bila dah tak nampak maka tak terasalah nak main. Mafia Wars? Tunggulah bila aku dah jemu nanti.
Bestnya kalau duit Mafia Wars tu duit aku dalam bank sekarang! Banyakkkkk tuuuuu...
Tuesday, July 15, 2008
Analisis : Debat Minyak Anwar - Shabery
Debat semalam memperlihatkan siapa yang mempertahan kesusahan rakyat dan siapa pula yang pertahankan towkey-towkey kaya (baca: kroni). Sangatlah dangkal! Situasi global tidak boleh ditolak tapi dalam masa yang sama mesti mempertahankan rakyat. Ini adalah tanggungjawab kepada rakyat. Debat ini bukanlah untuk mencari siapa yang menang dan siapa yang kalah. Ia lebih menjuruskan kepada memberikan penjelasan kepada situasi kesempitan ekonomi yang berlaku sekarang.Daripada menjelaskan kepada rakyat langkah kerajaan menaikkan harga minyak adalah untuk membantu rakyat jangka panjang, wakil kerajaan nampaknya lebih berminat menyerang peribadi. Adakah ini kualiti yang dimiliki oleh menteri kabinet tika ini.? Jika ya, amatlah sedih sekali! Lihatlah berita stesen TV dan akbar-akbar tempatan hari ini termasuk juga artikel dibawah ini. Masih tidak mahu menerima realiti kedangkalan diri sendiri. Masih mahu menunjukkan dia hero. Cukup-cukuplah dengan politik kotor itu. Ambil pendekatan yang baik walaupun datang daripada pihak lawan demi untuk rakyat bukan untuk kroni.
Tahukah anda sebanyak 44% daripada pendapatan negara adalah sumbangan Petronas? Tahukah anda belanjawan negara kini asyik defisit saban tahun. Bagaimanakah keadaannya jika ditakdirkan minyak kurniaan tuhan ini habis besok hari. Takkah keadaan negara akan berada dalam situasi sangat daif. Kecekapan pengurusan belanjawan negara haruslah ditingkatkan. Hasil tidak dijangka atau bakal habis seperti minyak haruslah disimpan dan dilaburkan untuk generasi masa depan. Jangan terjerat dalam kerakusan sendiri kerana keadaan ini sangat bahaya seperti kata Tan Sri Hassan Merican
Fikirkanlah!
Shabery: Democracy the winner
By Shannon Teoh
Shabery Cheek says democracy was the winner
PARLIAMENT, July 16 - Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek called last night's fuel price debate a victory for openness.
"I don't think there was a winner or loser as we both got our views across. Democracy was the real winner and I hope this begins a culture of debate and institutionalises it in our political landscape," he said.
He also said that he was satisfied with his own performance in last night's one-hour debate with PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim which was broadcast "live" over Astro Awani, TV9 and Bernama TV at 9pm with a delayed telecast over TV3 at 11pm.
"I got hundreds of SMSes, like I won an election. Some said I did very well, some were angry with me."
He also denied that he had made personal attacks on Anwar last night but was merely establishing Anwar's lack of credibility.
"We need to establish what were his prior policies to see if his ideas today have credibility. I was not making personal attacks such as critcising his clothes, his preferences, his face. But when he referred to my time at Semangat 46, now that was a personal attack." - TheMalaysianInsider
Tahukah anda sebanyak 44% daripada pendapatan negara adalah sumbangan Petronas? Tahukah anda belanjawan negara kini asyik defisit saban tahun. Bagaimanakah keadaannya jika ditakdirkan minyak kurniaan tuhan ini habis besok hari. Takkah keadaan negara akan berada dalam situasi sangat daif. Kecekapan pengurusan belanjawan negara haruslah ditingkatkan. Hasil tidak dijangka atau bakal habis seperti minyak haruslah disimpan dan dilaburkan untuk generasi masa depan. Jangan terjerat dalam kerakusan sendiri kerana keadaan ini sangat bahaya seperti kata Tan Sri Hassan Merican
Petronas chief: Addiction to finite resources dangerous
The country has become too dependent on money from the oil and gas sector as its contribution accounted for over 50% of the Government’s revenue, said Petronas acting chairman and president Tan Sri Mohd Hassan Marican. - TheStar
Fikirkanlah!
Wednesday, July 9, 2008
Dimanakah anda dalam kajian pendapatan isi rumah terkini?
Berikut adalah maklumat kajian terkini pendapatan isi rumah seperti yang yang dijawab oleh Senator Amirsham A Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menjawab soalan Dr Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput di Parlimen.
Kajian ini memberikan satu kesimpulan yang agak menyedihkan. Katakanlah pendapatan RM2000 dan ke bawah diambil sebagai aras cukup-cukup makan. Maknanya 38 peratus atau lebih kurang 10juta (total: 27juta) daripada rakyat Malaysia sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan. Mereka hidup cukup-cukup makan je dalam situasi inflasi yang mencanak-canak naik hari ini. Sangat menyedihkan!!!
Dalam masa yang sama rakyat dimomokkan untuk tukar cara hidup! Kalau sebelum ini naik bas pergi kerja, sekarang nak naik apa? Sebelum ini makan beras sekampit 5kg harga RM9.00, sekarang nak suruh makan ubi kayu ke? Cakap tak serupa bikin macam inilah..Mereka senanglah cakap sebab bila pergi meeting naik jet peribadi yang minyak diisi daripada keringat rakyat.Minyak kereta mereka juga diisi dengan keringat rakyat dan isteri-isteri mereka shopping sakan di London dan Paris juga disponsor dengan keringat rakyat!!! Rakyat tidak bodohlah bengong!!
| Kadar pendapatan | Peratusan | |
| bulanan isi rumah | Keluarga | |
| < RM 1000 | 8.6 | |
| RM 1001 – 2000 | 29.4 | |
| RM 2001 – 3000 | 19.8 | |
| RM 3001 – 4000 | 12.9 | |
| RM 4001 – 5000 | 8.6 | |
| RM 5001 – 10,000 | 15.8 | |
| > RM 10,000 | 4.9 | |
| 100.0 |
Kajian ini memberikan satu kesimpulan yang agak menyedihkan. Katakanlah pendapatan RM2000 dan ke bawah diambil sebagai aras cukup-cukup makan. Maknanya 38 peratus atau lebih kurang 10juta (total: 27juta) daripada rakyat Malaysia sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan. Mereka hidup cukup-cukup makan je dalam situasi inflasi yang mencanak-canak naik hari ini. Sangat menyedihkan!!!
Dalam masa yang sama rakyat dimomokkan untuk tukar cara hidup! Kalau sebelum ini naik bas pergi kerja, sekarang nak naik apa? Sebelum ini makan beras sekampit 5kg harga RM9.00, sekarang nak suruh makan ubi kayu ke? Cakap tak serupa bikin macam inilah..Mereka senanglah cakap sebab bila pergi meeting naik jet peribadi yang minyak diisi daripada keringat rakyat.Minyak kereta mereka juga diisi dengan keringat rakyat dan isteri-isteri mereka shopping sakan di London dan Paris juga disponsor dengan keringat rakyat!!! Rakyat tidak bodohlah bengong!!
Mari menonton satu lagi bakal wayang flip-flop
Adakah akan berlaku satu lagi wayang flip-flop daripada PM sekarang? Takkanlah kita tak ingat drama-drama flip-flop sebelum nih.Pernah dengar ayat macam nih tak? - "Saya belum berkahwin lagi, semua ini gossip sahaja.", "Parlimen tak akan dibubarkan besok", "Harga minyak tak akan dinaikkan selepas pilihanraya"...
Apa aku nak kata? Kamu sudah hilang kredibiliti lah Pak Lah. Tak payahlah tunggu 2010, lagi cepat lagi baik. Terlalu banyak flip-flopping, main politik dan tertidur semasa bertugas akan menghancurkan ekonomi negara. Kamu sudah gagal dalam tugas!!! Aku rela hilang Pak Lah dan UMNO daripada gagal membawa balik sesuap nasi untuk anak dan isteri di rumah.

Pak Lah to quit in June 2010
KUALA LUMPUR, July 10 — Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will step down as Umno president and Prime Minister in June 2010.
He is likely to announce the transfer of power date to Datuk Seri Najib Abdul Razak at a gathering for Umno officials today, a move aimed at reducing the level of political uncertainty in the country and the expected jostling for senior positions ahead of party elections in December.
His decision to set a specific date of departure will have repercussions on the party elections, with him and Najib likely to be returned unopposed as the No 1 and No. 2 in the party. This will almost certainly end Tengku Razaleigh Hamzah’s valiant attempt to win the 58 nominations required to contest the party president’s position. - Exclusive to The Malaysian Insider
Subscribe to:
Posts (Atom)