Tuesday, January 1, 2008

Model Terbaru Proton BLM Akan Dilancarkan

Model baru Proton akan dilancarkan tidak lama lagi. Model yang diberi kod BLM oleh Proton ini sudah boleh ditempah mulai hari ini. Pelancaran rasmi hanya akan dilakukan pada tengah bulan Januari nanti. Kod model BLM dikatakan akan digantikan dengan SAGA untuk meneruskan kesinambungan populariti model SAGA yang sudah lama berada dihati rakyat Malaysia. Mengikut pihak Proton, model BLM ini dijangkakan akan mendapat sambutan yang hebat dikalangan pembeli atas faktor harga yang berpatutan (Antara RM30,000 - RM40,000) dan rekaan yang menarik. Aku mengharapkan kualiti model ini nanti amatlah memuaskan dan Proton tidak mengulangi kesilapan yang lepas iaitu mengeluarkan kereta berkualiti rendah.

Walaubagaimanapun, prestasi Proton sudah menampakkan peningkatan yang amat bagus. bermula dengan Proton Savvy yang memberikan kualiti yang baik dan diteruskan dengan model-model selepas itu sehinggalah kepada model Persona.Kepada yang tertanya-tanya bagaimana rekaan Proton BLM ini, nahh tengoklah gambar curi (Spyshot) dibawah ini :

Proton Saga BLM  Proton Saga BLM Proton Saga BLM

P/S: Aku tengah mengira syiling dalam poket nak bayar deposit Proton BLM nanti...

Menteri Kesihatan Curang Kepada Isterinya Sendiri!

Chua Soi LekBerita menggemparkan bagi tahun 2008 apabila Menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Soi Lek mengaku bahawa beliau adalah orang dalam pita seks yang menunjukkan seorang ahli politik nasional dirakam melakukan hubungan seksual. Sungguh memalukan dan memualkan kerana perbuatannya itu. Walaupun beliau cuba menunjukkan keikhlasan dengan membuat pengakuan, namun perbuatannya itu amatlah memalukan bagi seorang menteri atau pemimpin rakyat yang sepatutnya menunjukkan moral yang baik.

Datuk Dr Chua juga masih mahu mengekalkan jawatan sebagai Menteri. Wahai Datuk Dr Chua!!! Anda perlulah bertanggungjawab dalam hal sebegini. Ini Malaysia, bukannya Amerika Syarikat dan anda bukan Bill Clinton. Walaupun ini dikatakan melibatkan privasi anda, namun harus diingat bahawa perempuan didalam pita seks tersebut bukanlah isteri datuk. Anda telah berlaku curang dalam kepada isteri anda sendiri. Bagaimana datuk?

Selamat Menyambut Tahun 2008..Apakah Azam Anda?

Tahun2008

Salam tahun baru 2008 kepada semua..Apakah azam anda untuk 2008. Berikut adalah azam bagi aku yang bernama azam sempena tahun 2008:
  1. Bekerja lebih keras untuk kemajuan ekonomi keluarga.
  2. Mempunyai perniagaan yang dapat membebaskan aku daripada kerja makan gaji.
  3. Melangsaikan hutang-hutang tegar yang sentiasa menghantui aku sepanjang 2007 seperti hutang kredit kad dan pinjaman jangka pendek.
  4. Mewujudkan tabung perlancongan keluarga.
  5. Menjadi insan yang lebih baik.

Cukuplah banyak tu je..

Friday, November 30, 2007

Aku Kembali Menulis!

Wah! Sudah 4 minggu aku tidak membuat posting terbaru. Apa nak buat, aku agak sibuk sedikit dengan business trip selama 2 minggu dan banyak pulak report nak kena buat sampai tidak berkesempatan untuk update perkembangan terkini di laman blog ini. Di ketika kesibukkan aku, banyak menda telah berlaku..Antaranya, angkasawan melayu pertama sudah kembali ke bumi, Presiden Musharaff mula desperado untuk terus berkuasa dan telah meletak jawatan sebagai ketua tentera, dan lain-lain kontroversi yang boleh menggegarkan dunia. Walaubagaimanapun, kontroversi akan tetap berlaku pada setiap ketika dan waktu tetapi manusia masih perlu meneruskan kehidupan. Majoriti manusia hanyalah soldadu-soldadu kecil yang terus-terusan dipergunakan oleh minoriti manusia yang berkuasa. Kuasa yang rakus mengaut kekayaan dan kelebihan di dunia tetapi lupa bahawa mereka hanya makhluk kerdil yang akan bertemu denganNya di hari pengadilan kelak.

Nantilah aku sambung lagi..Besok aku cuti...Yahooo!!!

Wednesday, October 10, 2007

Angkasawan Pertama Malaysia Ke Angkasa Lepas



Malaysia telah mencatatkan satu lagi sejarah dengan pelancaran roket Soyuz TMA-11 yang membawa kapal angkasa itu ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat jam 9.21 malam. Pelancaran yang bernilai kira-kira RM90 juta kepada kerajaan Malaysia itu telah disaksikan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

Dr Sheikh Muszaphar, 35, juga mencatat sejarah sebagai angkasawan Islam pertama yang berpuasa dan menyambut Aidilfitri di angkasa lepas. Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi kapal angkasa seberat 7,170 kilogram itu juga disertai Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko dari Russia. Dr Sheikh Muszaphar akan kembali ke bumi pada 21 Oktober nanti bersama Commander Fyodor Yurchikhin dan Flight Engineer Oleg Kotov yang sudah berada di ISS sejak 7 April 2007 yang lalu.

Monday, October 8, 2007

Al Kisah Kuda Dan Kura-Kura

Amaran : Tiada cerita kuda ataupun kura-kura di dalam artikel ini..

Minggu ini kelajuan internet di ofis aku ni berada di tahap yang amat kritikal sekali. Aku rasa mesti ramai staff disini yang mengakses internet pada waktu ofis dan menyebabkan kelajuan internet menjadi lembap. Rasanya masing-masing malas nak buat kerja dan mengambil peluang ini untuk melayari internet. Maklumlah bulan ini kan bulan puasa walaupun staff muslim hanya ada 5 orang je daripada 200+ pekerja di sini. Tambahan pula bos aku sekarang berada di Jepun sampai ke minggu depan.Bermaharajalelalah semua orang terutama sekali di kalangan pembesar-pembesar yang sungguh hipokrit itu. Kipas je pandai tapi buat kerja macam hampehhh!! Bila bos ada, pijak semut pun tak mati.Maka, aku pun terseksa dengan kelembapan akses internet seperti ini.Ini menjadikan aku berasa sangat bosannnnnnn.Aku mahu kelajuan akses internet seperti kuda lumba yang memecut laju bukan lembap macam kura-kura.

Sunday, October 7, 2007

Aku Busy Tapi Aku Bukan Busy Body

Aiyoh! Banyak pulak kerja yang nak aku bereskan sampai tak sempat nak update blog nih. Aku kena bersiap nak raya dan aku kena bersiap nak ke Dubai lepas raya..Semuanya nak kena disiapkan. Aku patut cari seorang pembantu peribadi nih tapi nak bayar dengan hapa? Bulu hidung? Datang hujung bulan je cabut lima helai bulu hidung buat bayar gaji..Cukup setahun bayar pakai bulu hidung sampai lubang hidung dah clear, bulu hapa pulak yang nak aku cabut..Risiko..Risiko..

Lepas raya aku terpaksa outstation ke Dubai selama dua minggu. Hishh! Aku sebenarnya cukup boring kalau disuruh ke Dubai sebab aku tak tahu nak buat hapa!! Maklumlah aku nih simple dan sengkek punya orang..Manalah nak mampu untuk lepak di Burj Al-Arab sambil menghisap sheesha atau membeli sepasang kasut di butik Salvatore Ferragamo di Burjuman atau memandu Porshe Cayenne  yang banyak menjalar di sepanjang Sheikh Zayed Road. Apa yang aku mampu hanyalah melihat angka dirham di meter teksi memecut naik atau menikmati beriani kambing di Restoran Boom Boom Al-Karamah je. Aku tak suka kepada Dubai walaupun keinginan untuk mencari rezeki di tanah arab itu menarik-narik aku untuk ke sana. Walaupun aku berkatakan tidak kepada keinginan aku itu  tetapi siapakah aku untuk menolak rezeki jika Dubai sudah ditentukan buat aku oleh-Nya. Bagi aku, Dubai banyak memperlihatkan kemewahan berbanding kesusahan. Kawasan Jumeirah sudah cukup untuk memperlihatkan kekayaan extraordinary Dubai. Itu belum lagi disentuh Burj Dubai atau Palm Jumeirah mahupun The World. Aku banyak bertanya adakah itu realiti kehidupan di Dubai? Mungkin ya, mungkin tidak..Ya, bagi si arab yang berlumba-lumba membina tower dan tidak semestinya kepada pendatang-pendatang bawahan yang berhijrah ke Dubai mencari rezeki. Kadang-kadang, realiti seperti ini terpaksa aku hadapi jika hendak mencari segigit shawarma di negara orang. Merapu pulak aku...!!

Err..Kali ni aku stay di hotel berdekatan dengan Bur Dubai. Maka, aku dah tak bolehlah lagi makan beriani kambing di restoran Boom Boom. Jauh benor nak berjalan ke Al Karamah..