Friday, December 16, 2011

Sampai Juga aku ke Bali- Indonesia

Entry ni kira preface dululah untuk cerita aku ke Bali-Indonesia..Akan aku pecahkan kepada beberapa part untuk trip ni kerana masa yang tidak mengizinkan. Manalah masa nak kasik izin, bila year end macam-macam report nak kena hantar. Pastu 2012 punya budget & plan nak kena submit sebelum habis tahun. Mampus aku kalau camni. Entry untuk trip Guangzhou tu aku sambung kemudian sebab nak buat entry Bali dulu..Kiranya trip Bali ni yang paling hangatlah sebab baru je balik..

Tiket ke Bali ni aku beli semasa promo bulan February itu hari..Murah woo..! Tapikan berjanggut gak lah menunggu masa perginye - 10 bulan! Takpelah, asalkan dapat tiket murah. Ingat senang ke nak dapat 2 return tix ke Bali harga 200++ je...Terima kasih Pakcik Tony!!! (Motif aku ucap terima kasih??..Poyo je!)



So, hari yang ditunggu telah sampai...Arakian kisahnya pergembaraan hamba bermula begini..Pada suatu hari,

Hari Pertama - Ahad

Flight aku jam 6.30pm. So, jam 3.00pm dah gerak dari rumah. Mula-mula plan nak ambik bas je ke LCCT tapi terpaksa kensel disebabkan time balik dari Bali sampai LCCT jam 12.55am. Takkan nak tidur airport pulak sementara nak tunggu bas keesokkan harinya. Maka, drive lah kereta ke LCCT. Tolak awal sebab plan nak parking dekat lot parking FREE. Nak parking berbayar RM150 lah pulak sebab 4 hari. Sayang woo duit. Banyak benda boleh dibuat kat Bali nanti dengan RM150 tuu..Parking FREE dekat depan Tune Hotel ye kawan-kawan. Di belakang klinik Pusrawi/Food Court/GME Factory. Nak tahu kat mana area FREE Parking tu, tengok map dekat bawah ni..


Sampai di GME Factory, punyalah banyak kereta parking dekat area ni. Daripada sekecik-kecik kereta sampai kereta mewah pun ada parking disini..Itulah dia semangat CHEAPSKATE Malaysian termasuklah aku ni..Hahaha..Selepas berputar 1-2 pusingan, maka aku berjaya mendapat parking di belakang foodcourt. Menapaklah aku lebih kurang 800 meter ke terminal LCCT selepas memastikan kereta telah dikunci.

Waktu penerbangan on-time dan mendarat di Ngurah Rai Airport pun on-time. Visa adalah on arrival bagi pengunjung-pengunjung negara ASEAN. So, just jalan straight je lah ke kaunter immigration. Owh, untuk airport pickup aku telah menggunakan Ceria transport seperti yang direkemen kan oleh Shah_rule. Hanya email je pakai form di website dan company akan balas bagitahu akan ada orang tunggu di airport pegang nama Azam. Charge dia Rp51.000! Sebaik sahaja sampai ke pintu keluar airport, aku dah nampak banyak  kad-kad nama terpampang menanti penumpang dan salah satunya adalah kad nama aku yang dipegang driver dari Ceria transport sudah menunggu. Sangat efisyen!!!..

Side note: Apsal akunye airport pickup dia charge Rp51.000 walaupun di website dia charge Rp36.000 untuk ke Tune Hotel Kuta?..Padahal 100 meters je jalan kaki dari Matahari Guest House tu.. 

Dalam perjalanan, driver kami bernama Budhi menawarkan perkhidmatan tour ke Kintamani pada harga Rp400.000. Sebenarnya, kami tidak mempunyai plan untuk hire tour guide semasa di Bali ni. Semuanya macam nak redah sendiri je. Siap dah buat budget sewa motor untuk 3 hari lagi. Map Bali pun dah install masuk ke Garmin phone aku. Jadi aku pun buat jual mahallah. Tetapi setelah memikirkan 2-3 kali, aku merasakan better ambik tour guide disebabkan aku pertama kali ke Bali dan tidak familiar dengan jalan nya..Tapi Rp400.000 masih mahal. Tiba-tiba Budhi menawarkan Airport Drop dimasukkan sekali dalam fee Rp400.00. Aku pun apalagi, terus bersetuju untuk menggunakan servis Budhi bermula jam 8.00 pagi esoknya. Itinerary nak kemana sudah pun aku sediakan, cumanya aku akan diskas dengan Budhi lagi besok kemana kami hendak pergi.    

Sampai di hotel, terus check-in. Di sini aku dah booked bilik di Matahari Guest House sebulan yang lepas untuk 3 malam. Aku dapat rate Rp250.000 per night. Pada mulanya aku nak stay di Tune Hotel Kuta tapi harga Tune Hotel agak mahal untuk booking last minit. So, guest house pun guest house lahh..Tetapi apabila aku masuk ke bilik, pandangan sudah bertukar karena (huh!klasik pulak pakai karena..) biliknya agak lumayan untuk stay berdua-duaan. Kami diberikan 2 botol aqua percuma serta tak perlu membayar extra untuk aircond serta towel..Siaran TVnya pula ada 70 channels termasuk movies..Ini pun tak perlu bayar extra tauuu...Huhuhuhuu...Nahh, lihat gambar bilik di bawah... 


Selesai, menukar baju..aku keluar ke Kuta Square untuk membeli sedikit makanan dan minuman. Ketika jam 11pm, banyak kedai sudah pun tutup termasuklah Matahari Mall. Aku singgah di kedai 24jam untuk membeli barangan keperluan dan kemudian singgah di KFC untuk membeli supper. Wahh, Burger Deluxe KFC sgt murah..Rp5500 je sebijik. Pantas aku menyambar 2 biji untuk kami berdua. Portionnya agak kecil tapi cukuplah buat bekalan supper. 


Selesai membeli, kami berjalan pulang ke hotel. Tak jauh rupanya lokasi Matahari Guest House dengan Kuta Square. Dalam 300 meters sahaja. Jadi, mudah bagi kami nak bergerak kemana-mana. Tapi jalan agak gelap di waktu malamnya. Sampai di bilik, burger KFC terus kami jamah..Setelah perut kenyang dan hati senang kerana segala perancangan untuk besok sudah disiapkan, kami pun padam. Senang hati tanpa kami mengetahui besoknya akan ada masalah besar menanti....Takdelah besar sangat tapi spoiled our mood juga.....

To be continue.....   



2 comments:

  1. oowh thanks sbb bagitau pasal parking free tuh~ mmg ada plan terdekat nak keluar bulan 1 nie. kalau tinggalkan smggu pun selamat ke tmpat nie? hish.. tp mmg bnyak ek kereta simpan sini?

    ekh kenapa ceria transport charge smpai rp51000? rasa nye dulu macam rp39000 (tambah charge) je..
    kalau nak tau kFC la tempat kitorang pegi untuk makan malam bagi mengcover jumlah makan siang yang sgt lari budget tuh.. haha murah kan 5000 dapt burger~ haha

    matahari guesthouse tuh nampak algi selesa dari tune hotel plus siap tv, aircond lagik~ bagus la tuh, murah pun murah jugak sbb tak smpai rm100 pun!!!

    ReplyDelete
  2. shah_rule: kalau tinggal kete kat tempat berbayar pun confirm ke selamat? hehehe...tapi memang banyak je kete parking kat situ bro...

    Pasal ceria transport tu tak tahulah camna boleh charge mahal cenggitu..rasanya mungkin sebab Tunehotel mcm ada MOU kot dengan diorang. Jadi charge murahlah sikit berbanding tempat lain walaupun dok dekat matahari boleh dapat signal WiFi TuneHotel tu..

    Tapi memang puashati jugaklah stay dekat Matahari. Dengan bilik selesa, Wifi free dekat lobby, tinggal beg pun free je sebab flight malam...berbaloi-baloi.

    ReplyDelete